-->

Oktober 08, 2018

Kenapa KKM Buat Kempen Seks Selamat Dan Bukannya Melarang Seks Bebas, Ini Jawapan Dari Doktor.

Kementerian Kesihatan Malaysia sering dipertikaikan oleh segilintir umat Islam apabila berbicara mengenai kempen seks selamat.

Gambar - Google

Sesetengah pihak berpendapat KKM sepatutnya mengadakan kempen cegah seks bebas berbanding memakai kondom apabila melakukan seks (seks selamat).

Social influencer, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ada jawapannya kenapa KKM mengadakan kempen kesedaran seks selamat berbanding melarang seks bebas.

Baca ulasannya dibawah ini;

Oleh : Kamarul Ariffin Nor Sadan


Apa yang aku tulis ni, aku jangka akan jadi isu. Tapi aku nak tulis juga. Jadi kalian bacalah dengan lapang dada.

Apabila KKM buat kempen tentang seks selamat, dipertikai kenapa KKM tak kempen melarang seks bebas.

Apabila KKM buat kempen pengambilan arak tulen, dipertikai kenapa KKM tak kempen haramkan arak sama sekali.

Sahabat sekalian,

1. KKM adalah entiti yang dipertanggungjawabkan menjaga kesihatan rakyat Malaysia, bukan entiti keagamaan. Maka ia tidak ada kuasa melarang seks bebas dan pengambilan arak.

2. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, 61.3% daripada rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Baki 38.7% beragama lain. Ada agama yang tidak larang seks bebas, atau mengambil minuman beralkohol.

KKM mengambil inisiatif untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan seks dan keracunan alkohol pada kelompok ini dengan mengadakan kempen seks selamat dan pengambilan arak tulen.

3. Galakkan seks selamat tak bermaksud galakkan seks bebas. Ia cuma sebahagian daripada "damage control". Analoginya begini:

Memandu laju boleh mengakibatkan kemalangan. Jadi kita buat undang-undang had laju memandu. Namun tetap ada orang langgar.

Jadi, diadakan kempen agar pemandu dan penumpang pakai tali pinggang keledar untuk kurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan. Adakah bermakna kita galakkan orang memandu laju dan berbahaya?

Tak, bukan?

Kita tetap tak mahu orang pandu laju kerana tinggi risikonya untuk terlibat dalam kemalangan dan cedera. Cuma kita mahu kurangkan risiko itu jika orang tak mahu ikut peraturan.

Sama konsepnya dengan kempen-kempen KKM tu. KKM bukan nak galakkan seks bebas dan pengambilan minuman beralkohol. Tidak sama sekali. KKM cuma mahu kurangkan risiko daripada kegiatan seks tidak selamat dan pengambilan arak tiruan.

Apapun, di sisi Islam zina dan arak adalah perkara yang dilarang. Muslim perlu jauhi perkara ini.

1. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…