Kes Penganiayaan Kanak-kanak
Yang membuatkan saya benar-benar sakit hati
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah dicabul dan diperkosa oleh seorang saudaranya yang tinggal bersama-sama dengan keluarganya. Kanak-kanak itu kini hamil. Pada usia 12 tahun dan akan melahirkan bayinya pada Disember ini.
Kanak-kanak itu tinggal di sebuah rumah bersama bapanya (ibunya telah meninggal dunia), keluarga mak ciknya dan seorang pak cik kelainan upaya.
Mak ciknya mempunyai 4 orang anak yang semuanya lebih muda daripada kanak-kanak 12 tahun itu. Saudara yang telah memperkosanya berusia hampir 20-an.
Semua orang dewasa di rumah itu mencari rezeki dengan membuat kerja rencam di kampung. Kanak-kanak malang itu bersekolah pada sebelah pagi dan segera pulang ke rumah pada waktu tengah hari untuk seorang diri menjaga sepupunya yang masih kecil dan pak ciknya yang kelainan upaya.
Saya tidak pasti sama ada dia perlu memasak juga. Saya tidak bertanya. Tetapi ya, dia kini hamil dan masih menjaga sepupu dan pak ciknya.
Mak cik kanak-kanak itu tahu yang dia hamil pada Ogos lalu tetapi tidak melakukan apa-apa tentang perkara tersebut. Kanak-kanak malang itu merasa aneh kenapa perutnya sentiasa rasa bergerak-gerak. Mak ciknya mengatakan ada sesuatu yang mistik di dalam perutnya. Sebagai anak kampung, kanak-kanak itu mempercayai kata-kata mak ciknya.
Kanak-kanak itu menduduki UPSR.
Beberapa hari selepas UPSR, lantaran ditekan oleh keluarga sebelah ayah kanak-kanak itu, mak cik kanak-kanak itu membawanya ke balai polis dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Pada ketika itulah kanak-kanak itu mengetahui yang dirinya hamil. Dia menangis. “Dah tak boleh pergi sekolah ke?”. Dia bertanya berkali-kali.
Kanak-kanak itu kemudiannya teringat satu malam yang mana dia berasa sakit di bahagian sulitnya tetapi dia tidak dapat mengingati apa-apa. Melakukan kerja rumah sangat meletihkan dan dia tidur mati.
Di sekolah, kanak-kanak itu merupakan seorang pelajar yang pintar tetapi kecemerlangannya terkekang oleh kerja rumah hariannya.
Janggalnya, pada usia 12 tahun, dia tahu apa itu ujian kehamilan apabila doktor menyatakannya. Dia mengetahuinya daripada rakan. Kanak-kanak itu mengatakan dia kini faham gerakan dalam perutnya. Hidupnya kini musnah.
Kanak-kanak itu dimasukkan dalam wad semalaman dan saudaranya ditahan reman.
Mak ciknya bertegas yang kanak-kanak itu perlu pulang ke rumah. Sudah tentu, siapa lagi yang hendak menjaga sepupunya yang kecil.
Pihak polis dan hospital telah bertindak mengikut garis panduan yang ada.
JKM juga telah mengambil semua tindakan yang mereka boleh lakukan dan kami bertegas yang pemantauan perlu dilakukan.
Pemangsa kanak-kanak itu akan bebas tidak lama lagi dan sekiranya dia dibebaskan, saya perlu JKM membantu memindahkan kanak-kanak itu ke tempat yang selamat.
Sudah tentu, penyiasatan masih berjalan.
Betapa saya berharap lelaki itu dibawa pergi oleh pihak berkuasa.
Saya berharap kanak-kanak itu ditempatkan di tempat lain memandangkan dirinya kini hamil. JKM akan mengenal pasti ahli keluarga terdekat seterusnya yang selamat untuk menjaga kanak-kanak itu. Jika tidak, dia akan ditempatkan di Taman Seri Puteri.
Adalah normal untuk kanak-kanak menjaga kanak-kanak yang lain tetapi itu tidak bermakna ia merupakan sesuatu yang betul, TERUTAMANYA apabila kanak-kanak tersebut sedang hamil. Apa akan terjadi sekiranya dia mengalami pengecutan awal dan sebagainya?
Apa akan terjadi kepada bayi kanak-kanak itu?
Mak ciknya berkata keluarganya akan memelihara bayi tersebut. Saya dan kanak-kanak itu tahu bagaimana masa hadapannya kini. Dia akan berhenti belajar dan menjadi orang gaji seumur hidup.
Satu perkara yang kami semua sedang fikirkan ialah.. Adakah dia perlu dikahwinkan?
Cakap-cakap tentang dia sudah tidak dara, siapa nak jaga, aib keluarga, lawak pak sanggup, cari kerja di negara jiran sudah mula kedengaran. Saya menyuruh dia mengabaikan cakap-cakap itu. VLADIVOSTOK.
Sehingga adanya perkembangan terbaharu, saya meletakkan harapan kepada JKM. Saya menjadi mata dan telinga kanak-kanak itu sekiranya berlaku apa-apa sementara menunggu siasatan awal.
Mohon doakan kes saya.
Saya tidak dapat mengatakan yang ianya satu kejayaan sekiranya kami menang, seorang kanak-kanak telah diperkosa dan tiada apa yang saya lakukan dapat mengubah hakikat itu.
Syed Azmi Alhabshi
Small Lamb
Yang membuatkan saya benar-benar sakit hati
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah dicabul dan diperkosa oleh seorang saudaranya yang tinggal bersama-sama dengan keluarganya. Kanak-kanak itu kini hamil. Pada usia 12 tahun dan akan melahirkan bayinya pada Disember ini.
Kanak-kanak itu tinggal di sebuah rumah bersama bapanya (ibunya telah meninggal dunia), keluarga mak ciknya dan seorang pak cik kelainan upaya.
Gambar Hiasan - Google |