-->

Oktober 11, 2018

Rawatan ILahana Mendakwa Telah Membelasah & Memenjarakan Jin Yang Mengorbankan Nyawa 6 Anggota Bomba.

Kisah kematian 6 anggota bomba nampaknya belum berakhir lagi. Terbaru, kisah ini kembali menjadi tular apabila insiden malang itu dikaitkan dengan perbuatan jahat jin lombong.

Penangkap dan pemburu jin di sosial media mendakwa punca 6 anggota bomba lemas kerana mencari seorang remaja lemas adalah kerana pandangan mata mereka telah ditutup oleh jin.


Jin itu katanya lagi, telah menyorokkan mayat remaja itu kerana menyukainya.



Berikutan penulisan penuh mengenai operasi tangkap jin itu;

Apabila dapat berita kematian 6 org ahli Bomba yang bertugas mencari mayat budak lemas tu, kami yakin mesti ada gangguan jin disitu. Maka, kami terus mencari jin-jin yang ganggu itu.


Alhamdulillah, kami dapat tangkap jin2 yang ganggu operasi itu.


1) Rupa ketua jin : tinggi..pakaian
hitam..rambut hitam panjang


2) Ditangkap dimana : dalam badan mayat budak tu


3) Agama ketua : tiada


4) Umur ketua : 11 juta tahun


5) Jumlah gengnya : 14 juta ekor 


6) Jin-jin ni datang dari mana: tapak lombong


Kesemua jin itu telah dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol ye ). InsyaaAllah ksmua jin itu takkan terlepas, kerana mereka akan sentiasa dipantau. Allah Akbar !

Hasil dialog dgn ketua jin tu.... ketua jin tu mengatakan bahawa dia suka pada budak itu. Sebab budak itu suka merayau. Dia memanggil budak itu dan budak itu seperti terdorong datang ke situ dan seperti ditarik dan jatuh ke dalam lombong itu. 


Mayat budak itu ditarik oleh jin-jin itu dan dibawa ke rumah ketua jin itu. Sekitar situ ada satu pokok besar dimana akar bawahnya besar. Disitulah rumah ketua jin ini dan disitulah mayat budak itu disimpan.

Apabila 6 anggota bomba tu terjun ke dalam lombong, maka jin-jin ini menganggu anggota bomba itu dengan menutup pandangan mata mereka. Maka mereka tak nampak dan tercari-cari untuk naik ke atas. Oleh kerana tidak nampak untuk keluar, maka mereka lemas akhirnya didalam air lombong itu.

InsyaaAllah, mayat budak itu akan ditemui juga nanti sebab jin-jin tu dah ditangkap. Mayat itu akan timbul nanti... insyaaAllah.

Begitulah jahatnya jin-jin ini yang mengakibatkan kematian budak itu dan anggota bomba.

Sekian, semoga semua memahami keadaan yang sebenar. Semoga roh-roh anggota bomba itu ditempatkan dikalangan orang yg syahid kerana menolong orang lain.

Allah Akbar !

---------------
Dalam perkembangan berkaitan, MSTAR melaporkan kenyataan Saad Jaafar yang turut terlibat dalam menangkap dan mengurung jin-jin yang didakwa menyebabkan kematian seorang remaja dan enam anggota bomba pada 3 Oktober lepas.  




“Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu”

“Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari.

“Kami ‘belasah’ cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terkorban. Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas”


Dalam pada itu, Sa’ad berkata setiap manusia juga mempunyai jin mereka tersendiri. Malah dakwanya, gangguan jin tidak boleh dielak melainkan mereka ditangkap dan diusir seperti mana yang dilakukan oleh perawat-perawat lain.

“Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak. Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah.


“Bagi yang dah tak ada jin ganggu, untuk elakkan diganggu yang lain pula, kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama”

Mengulas mengenai tangkapan jin melibatkan kes bomba tempoh hari, Sa’ad berkata, dia dan seorang lagi rakannya, Mohd Azim Adam, 47, melakukannya dengan seikhlas hati sahaja.

Bagi rawatan persendirian, dia biasanya mengenakan bayaran sekitar RM200 ataupun dengan bayaran yang termampu sahaja bagi mana-mana individu.


Menurut Saad jin-jin yang ditangkap itu telah pun dipenjarakan dan mereka sememangnya tak ambil pusing dengan masyarakat yang suka mengecam kerana masyarakat tidak mengetahui mengenai kerja menangkap jin.
 
“Biasalah masyarakat kita. Tak ada ilmu tapi nak condemn yang bukan bidang mereka.” (Sumber Saad Jaafar & MSTAR).


Sumber : Rawatan ILahana Facebook