Oleh : Mohd Fadli Salleh
Peperiksaan tahap 1 dimansuhkan. Diganti dengan pentaksiran. Silibus dikaji. Kemungkinan besar bakal berubah. Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan negara.
Cuma satu benda paling penting yang mungkin kerajaan terlepas pandang ; SEKOLAH, PRASARANA, FASILITI, dan KESELESAAN.
Di Kuala Lumpur dan Selangor, banyak sekolah tiada padang. Diulang, padang pun tiada. Kenapa? Kerana kepadatan penduduk sehingga padang terpaksa dikorbankan untuk dibuat bangunan.
Yang hairannya, saban masa tanah-tanah digondolkan untuk dijadikan perumahan. Di Kuala Lumpur dan Selangor ini, sangat banyak kawasan perumahan baru sedang giat dinaikkan pemaju.
Sekolah? Kenapa tidak wujudkan sekolah baru yang lebih selesa?
Kita mengejar pendidikan abad ke 21. Kita ingin mencontohi pendidikan negara maju. Tapi murid dalam kelas pun lebih 40 orang, payahlah. Bersesak-sesak macam sardin sampai cikgu nak lalu pergi ke meja murid pun tak lepas.
Pembangunan perumahan, kepadatan penduduk dengan bilangan sekolah yang ada tidak seimbang. Sangat tidak seimbang. Kenapa tidak dikaji sama kesimbangan bilangan penduduk dengan keupayaan sekolah menampung bilangan pelajar?
Kenapa macam tiada orang fikirkan dan laksanakan benda paling asas dalam sistem pendidikan ini?
Sekolah yang ada di bandar biasanya dua sesi. Bila dua sesi, sangat payah nak buat aktiviti dan program di sebelah petang kerana pertembungan murid dan tiada kelas yang kosong.
Belum lagi bercerita tentang semua alatan sekolah yang uzur. Whiteboard kelas, kerusi meja, dewan dan sebagainya tidak berganti sejak berpuluh tahun lalu.
Sesetengan bilik guru, meja mereka pun uzur yakmat. Dah la duduk bersesak-sesak, ada pula yang duduk kerusi kayu budak je.
Itu guru tuan-tuan. Itu pegawai kerajaan. Itu salah satu bidang pekerjaan professional di negara kita. Ada yang kelulusan sampai PhD pun ada tau.
Gred mereka ini ada yang DG48, tapi ruang kerja mereka, keselesaan yang diberikan, fasiliti yang disediakan untuk mereka mengalahkan pekerja yang hanya lulusan sijil sahaja.
Banyak aku nak tulis tentang hal ini. Hal kepadatan murid. Hal kesan terlalu ramai murid pada pelajaran, disiplin dan sahsiah diri.
Hal sekolah yang kurang. Hal fasiliti dan keselesaan sekolah, kelas, guru dan murid. Hal-hal asas!
Bicara dan kajian terhadap silibus sahaja kurang berkesan jika fasiliti tidak disediakan dengan baik.
Sekolah tanpa padang? Murid lebih 50 orang sekelas? Kerusi meja murid dan guru macam zaman P.Ramlee? Seriously?
Mengejar cara belajar abad ke 21 setanding dengan negara maju, namun prasarana masih jauh lagi.
Tolong fikirkan keseimbangan dan kesediaan semua pihak juga. Semua ini berkait rapat.
Aku sangat berharap hal ini diberi perhatian segera oleh mereka yang ada kuasa.