-->

Disember 19, 2018

Kematian Adib, Mufti Perlis Rasa Duka Dan Marah..

Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada isnin lalu yang dipukul oleh kumpulan perusuh turut menyentuh perasaan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.





"Alhamdulillah, saya sempat menyambut kepulangan jenazah Mohd Adib serta bersolat jenazah. Ramai yang hadir. Turut hadir ayahanda yang dikasihi SS Dato Mufti Kedah. 


Perasaan duka dan marah menyelubungi. Tiada insan yang waras akan rela melihat kematian ini berlaku tanpa dibayar hutangnya. 

Hutang nyawa dibayar nyawa. Pembunuh mesti dihukum bunuh. Tempat ibadah sepatutnya menjadi tempat yang selamat. Malangnya, ia menjadi tempat kejahatan dan keganasan! Pihak kerajaan wajib tegas dalam isu ini !!!," katanya dalam satu kenyataan pada selasa.

Kesedihannya itu turut dinukilkan dalam sebuah puisi bagi mengambarkan perasaannya.


HARI INI BUMIKU MENANGIS

Hari ini airmataku menitis
Bumiku juga turut menangis
Pada peristiwa yang trajis
Pada darah dia yang merenjis

Orang-orang yang bangsat
yang tidak tahu hormat
membunuh insan yang berkhidmat
tanpa alasan melainkan jahat

sebalik mereka ada lidah penghasut
api permusuhan disembur disebut
segala pembohongan diangkut disangkut
kononnya di sini mereka hidup merempat melukut

setelah ditabur baik budi
diberi ruang berkongsi bumi
tidaklah pula tahu hargai
apakah itu jasa dan bakti

kita ingin hidup damai dan aman
sama berkongsi pemberian Tuhan
tapi, mesti ada adab ada sempadan
itulah kehidupan seorang insan

namun..
jika cacing naik ke mata
yang dicari hanya sengketa
maka kasarlah yang diminta
bangkit amarah bangkit segala

tiada penawar bagi pengkhianat
bawalah mereka khalayak rakyat
hukum dan undang mesti diangkat
jika pertiwi mahu harmoni selamat
perosak kedamaian mesti ditamat
Netizen muslims sokong MAZA..

Di ruangan komen, rata-rata netizen muslims menyokong pandangan MAZA dalam insiden kematian Adib.



Semoga pihak berkuasa dapat menangkap kumpulan perusuh yang menyebabkan kematian Adib secepat yang mungkin bagi memberikan keadilan kepada mangsa. - SozCYili.