-->

Februari 26, 2019

Perbezaan Kes Sivil Dan Kes Jenayah Yang Orang Awam Patut Tahu.

Oleh : Hasif Hasan

SIVIL DAN JENAYAH

Terdapat perbezaan perbezaan antara kesalahan jenayah dan sivil, secara mudah difahami ialah:




Jenayah : Pihak pihak dipanggil Pendakwaraya lawan Tertuduh 

Sivil : Pihak dipanggil Plaintif (penuntut) lawan Defendan (kena tuntut)

Jenayah : Tertuduh berada di dalam kandang tertuduh di dalam mahkamah.


Sivil : Pihak pihak berada di luar kandang di dalam mahkamah.

Jenayah : Kesalahan lazimnya melibatkan kepentingan dan keselamatan awam.


Sivil : Lazimnya membabitkan kepentingan individu.

Jenayah : Hukuman yang boleh dikenakan lazimnya melibatkan denda, penjara, sebatan atau mati dan sekiranya denda dikenakan, hukuman dibayar kepada pihak mahkamah/kerajaan.


Sivil : Perintah sekiranya berbentuk gantirugi atau pampasan akan dibayar kepada pihak plaintif (penuntut) sekiranya menang.

Jenayah : Lazimnya tertuduh perlu membayar wang jaminan setelah dituduh di mahkamah.


Sivil : Tidak ada wang jaminan yang perlu dibayar oleh pihak pihak di mahkamah.

Jenayah : Lazimnya tiada kos perbicaraan yang perlu dibayar kepada pihak yang kalah sama ada pendakwaraya mahupun tertuduh.


Sivil : Plaintif atau defendan perlu membayar kos perbicaraan sekiranya mana mana pihak kalah.

Jenayah : Tiada had masa terpakai kepada pendakwaan jenayah, bermaksud tertuduh boleh dituduh di mahkamah pada bila bila masa walaupun dalam jangkamasa yang lama.


Sivil : Terdapat Akta Had dan Masa yang terpakai bergantung dengan fakta kes. Plaintif mungkin tidak boleh meneruskan kes di mahkamah sekiranya melebihi had waktu yang dibenarkan.

Jenayah : Pendakwaan akan terhenti sekiranya dipersetujui oleh pihak pendakwaraya.


Sivil : Saman akan terhenti sekiranya plaintif bersetuju untuk tidak meneruskan kes di mahkamah.

Sekian.