Mt. Rushmore National Memorial adalah raut wajah empat Presiden Amerika Syarikat yang di ukir di tebing gunung, yang terletak berhampiran Keystone, di Black Hills di South Dakota. Presiden yang digambarkan adalah: George Washington, Thomas Jefferson, Theodore "Teddy" Roosevelt dan Abraham Lincoln. Keempat-empat Presiden telah dipilih untuk mewakili penubuhan, pertumbuhan dan pemeliharaan Amerika Syarikat. Ukiran ini di reka oleh John Gutzon Borglum.
Pembinaan Mt. Rushmore: tugu tersebut telah diukir oleh Borglum dan kira-kira 400 pekerja . Pembinaan bermula pada 10 Ogos 1927. Pembiayaan untuk pembinaan didermakan oleh badan-badan swasta dan Kerajaan Persekutuan.
Sculpting itu dilakukan dengan bahan letupan batu dengan dinamit. Kemudian di ukir dengan menggunakan jackhammers, tukul, dan alat-alat lain untuk melakukan kerja-kerja keemasan. Cuaca buruk dan kekurangan dana telah memperlahan kerja, pekerjaan ini yang mengambil masa selama 14 tahun untuk disiapkan, walaupun begitu tepoh sebenar kerja-kerja yang telah dilakukan hanya kira-kira 6 tahun.
Selepas kematian Borglum, 'sebelum arca itu disiapkan' ukiran gergasi itu telah sambung selia oleh anaknya, Lincoln Borglum. Monumen ini telah siap pada tahun 1941 (selepas kematian Borglum).
----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!