-->

April 22, 2019

"Ajak Masuk TV Beri Pandangan Tak Mahu Tapi Tuduh-Tuduh Ditindas Pula," Finaz Yunus Tibai Komuniti LGBT..

Pergaduhan antara pengacara Alhijrah, Finaz Yunus, JAKIM dan komuniti LGBT nampaknya menarik perhatian masyarakat netizens.

Pertengkaran online diantara kedua belah pihak berlaku apabila JAKIM dituduh telah menaja aktiviti dan program yang mendorong keganasan terhadap komuniti LGBT. 


Aktivis LGBT - Numan Afifi
JAKIM menafikan dakwaan itu dalam satu kenyataannya pada ahad.

Manakala pengacara Alhijrah pula, Finaz Yunus, mempersoalkan kenyataan Numan yang membayangkan seolahnya komuniti LGBT di Malaysia ditindas sedangkan media mereka telah menawarkan peluang untuk bersuara di kaca tv namun jemputan itu tidak diterima oleh mana-mana aktivis yang bersuara lantang mengenai hak-hak dan perjuangan LGBT.

Berikut penjelasan Finaz Yunus.

Kronologi Isu LGBT & Analisis : Pada awal Mac 2019,team Analisis berhasrat membincangkan topik LGBT : Hak Asasi @ Suara Majoriti. 

Maka kami telah menghubungi aktivis-aktivis LGBT seperti Numan Afifi, Siti Kasim, Nisha Ayub & SIS. Malangnya kesemua daripada mereka MENOLAK. Namun program harus diteruskan. Maka ia menjadi bual bicara sehala. Anda boleh ikuti perbincangan kami di sini.

Namun apa yang mengecewakan saya, kenyataan aktivis LGBT Numan Afifi di Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva Mac lalu. 

Kenyataan Finaz Yunus
Tolong 'google' untuk tahu apa kenyataan & tuduhan beliau terhadap JAKIM. Saya pelik, hairan & musykil dengan aktivis LGBT di negara ini. Jika anda yakin perjuangan anda benar, peluang sudah diberi, TAMPIL beri penjelasan pada rakyat. 

Konteks perbincangan di Analisis tempoh hari TIADA KENA MENGENA dengan Dosa & Pahala kerana ia sudah Jelas Haram. Kami hanya mahu mmbincangkan topik Hak Asasi & Perundangan. 

Jadi mengapa mereka taknak hadir untuk menerangkan pada rakyat perjuangan mereka? Yakinkan rakyat Malaysia terlebih dahulu baru ke Geneva. Majoriti rakyat Malaysia menolak LGBT. 

Maka amatlah penting untuk anda yakinkan kami. Jangan takut dengan Moderator. Saya hanya bertanyakan soalan. 

Jika kalian ada hujah yang kukuh, fakta & sebagainya, kita sama-sama raikan perbezaan pandangan. Rakyat yang akan menilai hujah kalian," jelas Finaz panjang lebar. - 22 April 2019.