-->

April 24, 2019

Jika Betul Sayangkan Anak, Jauhilah Doktor 'Cap Ayam..'

Oleh : Rusyainie Ramli

INI KISAH BENAR


Lihat muka bayi comel ni. Teruk sangat ekzema dia. Bukan itu saja, dia juga kekurangan zat akibat diet yang sangat ketat. Nilah akibat ajaran sesat doktor cap ayam. Bukan 1. Tapi 2!







Dia sebagai mak, dimomokkan yang rawatan steroid tu seolah-olah racun toksik kepada anaknya oleh doktor-doktor tu. Yang buat saya geram tu, hujungnya doktor-doktor tu jual produk sendiri. Konon formulasi alami la bagai. Siap petik agama. Mereka tak ubah seperti bani produk sampah yang lain.

Kerana terdesak, mak ini terpedaya. Yang jadi mangsa, anaknya. Mujurlah Allah bukakan hijab di depan matanya. Kerana anak dah terlalu sakit, dia akhirnya ke hospital. Alhamdulillah, kini anaknya sudah kembali sihat.

Ekzema ni paling penting kita kena faham ialah ia adalah keradangan kulit akibat tindakbalas alahan. Yang penting dalam merawatnya ialah
1. Mengatasi radang kulit tu dengan menggunakan krim steroid.
2. Kulit mesti kena sentiasa lembab dengan penggunaan krim atau losen yang sesuai.
3. Meminimumkan punca alahan - berbanding dengan mitos makcik bawang, kebanyakan ekzema bukan disebabkan makanan. Ada faktor lain macam hama, debu dan cuaca.

Steroid tu gunanya untuk merawat radang tu. Bukan guna selamanya sampai memudaratkan. Kita mesti faham yang ekzema ni penyakit kronik, bermakna ia berlanjutan dengan ada episod reda dan ada episod yang teruk. Tak ada rawatan untuk menyembuhkannya, yang ada ialah mengawalnya dari serangan radang yang melampau.

Penggunaan steroid mesti dengan pemantauan doktor yang beretika, berlesen and bertauliah. Setiap rawatan yang diberikan mestilah ada timbang tara kebaikan berbanding keburukan. Lagipun rawatan ekzema yang digunakan di klinik dermatologi berdasarkan garis panduan klinikal ya. Bukan main petik dari langit. Rawatan yang doktor cap ayam gunakan tak diiktiraf pun.

Teori leaky gut tak wujud. Homeopati tak boleh merawat ekzema. Selagi mana rawatan tu tak berteraskan kajian bertaraf tinggi, ia tak boleh digunakan ke atas pesakit.

Buat mak ayah di luar sana. Ekzema bukan hukuman mati pada kita. Jangan lah terlalu terdesak sehingga menjadi mangsa doktor cap ayam. Duit beratus dan beribu RM habis tu satu hal, tapi sampai mudarat pada anak kita tu, menganiaya jadinya tanpa kita sedar.

Saya tahu pembongkaran saya ni boleh mengundang reaksi sangat negatif dari pihak sebelah sana. Saya dah redha sebab saya berpegang pada kebenaran dan inilah amanah ke atas saya pada hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai doktor.

Medical Mythbusters Malaysia ada seorang pegawai perubatan dermatologi yang hari-hari mengadap pesakit menderita ekzema. 


Dr. Huda Kamarudin. Dia bukan doktor cap ayam. Nasihatnya percuma. Dan dia pun bekerja dengan KKM. Tak ada udang sebalik mee. Boleh baca banyak tulisan dia tentang penyakit kulit disini.

Kepada Allah saya berserah.

Demi Tuhan yang Mengetahui segalanya.