ISU SEMASA | Kisah adik Abdul Manaf Abdul Aziz yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM telah mendapat perhatian segera dari Dr. Maszlee Malik.
Kisah itu pada mulanya dilaporkan Berita Harian. Adik Manaf beroleh 10A dalam SPM 2018 dan berhasrat untuk sambung belajar dalam bidang perubatan bagaimanapun masih menunggu keputusan tawaran biasiswa.
Ini kerana adik Manaf berasal dari keluarga susah dan sukar untuknya menyambung pengajian tanpa biasiswa.
Sejurus kisah adik Manaf dihebahkan, Dr. Maszlee nampaknya mengambil tindakan pantas bagi membantu adik Manaf mencapai cita-citanya.
Berikut adalah kenyataan penuh dari Menteri Pendidikan;
Maszlee Malik | Kisah adik Abdul Manaf Abdul Aziz yang datang dari keluarga kurang berkemampuan tetapi mendapat keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah mendapat perhatian ramai pihak.
Saya mendapat maklumat mengenai adik Abdul Manaf pada Ahad (31 Mac 2019) dan semalam saya telah menghantar pegawai saya ke Pekan, Pahang untuk melihat sendiri keadaan adik Abdul Manaf dan keluarganya.
Saya sedih mendengar cerita adik Abdul Manaf. Ibunya sudah meninggal dunia pada tahun lalu dan ayahnya cuma bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu namun di sebalik semua halangan berkenaan beliau berjaya membesarkan anaknya menjadi insan yang berilmu.
Saya difahamkan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengemukakan surat tawaran bersyarat kepada adik Abdul Manaf untuk memasuki Pusat Asasi UIAM.
Dalam masa sama beberapa pihak juga sudah berhubung untuk memberikan biasiswa.
Adik Abdul Manaf akan diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan laluan khas untuk golongan B40 dan saya mendoakan adik Abdul Manaf menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor. - 3 April 2019.