-->

April 19, 2019

Permohonan Bilik Sewa RM100 B40 DBKL - Kemasukan Mulai Ogos 2019.

Berita baik untuk golongan bujang B40. Mereka kini boleh menyewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi satu skim baru yang diperkenalkan kerajaan, iaitu Micro Housing.


Skim Micro Housing yang bermula tahun ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman - ya tengah-tengah ibu kota. Bangunan lama DBKL yang telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM7 juta. 

Terdapat dua blok micro housing, lelaki dan wanita yang menawarkan 223 unit dan beberapa fasiliti lainnya - konsepnya pula bertemakan capsule hotel. 

👉 323 permohonan akan dibuka

👉 Dibahagikan dua fasa, fasa pertama : 188 unit dan fasa kedua : 135 unit.

👉 Sewa bilik secara berkongsi samada dengan empat katil atau 6 katil berdasarkan keluasan bilik.

👉 Kemudahan seperti elektrik dan air, kelengkapan seperti almari dan katil turut disediakan.

👉 Kemudahan lain seperti; surau, dobi, tandas, ruang patri, ruang tempat meletak kenderaan termasuklah basikal, ruang membaca, ruang santai, pejabat penyelia, turut tersedia.

👉 Penghuni boleh masuk bilik seawal bulan Ogos 2019.

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan, diharapkan usaha tersebut dapat membantu mengurangkan masalah golongan muda yang memerlukan tempat kediaman di peringkat awal alam pekerjaan di ibu kota.

via GIPHY

Syarat-syarat permohonan;
1. Seorang warganegara Malaysia

2. Berusia 18 hingga 35 tahun

3. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

3. Bekerja di ibu kota, Kuala Lumpur

4. Tidak memiliki rumah dan kereta, (jika didapati membeli rumah, mereka akan diminta berpindah).


Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah