-->

Mei 27, 2019

Melayu UEC Kongsi Pengalaman Pahit Bersekolah Di Chong Hwa.

Oleh : Mag Malaya Ahmad
 

Kepada semua yang sedang membaca, saya juga hasil dari produk sekolah persendirian Cina di Malaysia, nombor student saya di Chong Hwa KL adalah 01712.
 

 
Jika wanita tersebut mempunyai kenangan indah yang beliau dapat belajar unity di sekolah beliau, saya ada cerita yang berbeza.

Saya tidak pernah dibuli secara fizikal di sekolah menengah saya, namun, dicaci, dihina sebagai seorang Melayu itu saya hadap di Chong Hwa KL.


Dari perkara berkhatan, azan, dilahirkan Melayu, jenaka makan daging babi, itu semua saya dah rasai. 

Saya pernah diketawakan rakan sekelas kerana mereka menyangka batang zakar saya dipotong kerana mereka tidak memahami sepenuhnya apa itu "berkhatan"; bayangkan anak lelaki anda yang berusia 15 tahun dibesarkan dalam suasana tersebut.

Pemahaman mereka dalam hal kahwin 4 juga sering dijadikan bahan jenaka.

Kebanyakkan rakan sekelas saya tidak memahami bahasa Kebangsaan/Melayu sewaktu saya mengajak saudara mara saya bermain bola dengan mereka. 


Jika wanita Melayu bertudung itu mempunyai kenangan indah di sekolahnya, saya juga ada.


Adakah sekolah Kebangsaan tiada unsur dan elemen "unity", adakah selama ini bangsa Cina dipulaukan oleh masyarakat Msulim Melayu? Adakah boikot secara besar-besaran dan berpanjangan ke atas syarikat dan produk Cina oleh masyarakat Melayu? Apakah selama ini, kerajaan kita tidak berusaha dalam meng-unite-kan semua bangsa?


Unity apakah yang dimaksudkan wanita tersebut? Hanya kerana beliau mampu berkomunikasi lancar dalam Mandarin, ia dipanggil "unity"?


Sampaikan pada wanita tersebut, keluar dan nilaikan Chinese overseas dari negara lain, dan bandingkan dengan Cina Malaysia, terutamanya dalam hal asimilasi sesama bangsa, dan kemampuan bahasa kebangsaan.

Now, ask them to publish my stories.