Oleh : Nik Aziz Afiq
Sebenarnya keris boleh dipos.
Saya bukan nak komen tentang kes YB Balakong tu betul atau salah, saya cuma nak cerita pengalaman sendiri.
Saya mempunyai kawan seperguruan silat yang menghasilkan dan menjual pelbagai alatan senjata termasuklah keris.
Ketika saya di kolej, kawan tersebut kirimkan keris itu pada saya. Memang terasa cuak sebab terfikir boleh ke lepas untuk di pos, satu lagi kerana saya duduk di asrama maka segala bungkusan akan sampai dan diterima di pejabat dulu.
Akhirnya hari yang mendebarkan itu tiba. Saya dapat panggilan telefon dari pejabat pentadbiran. Minta saya datang segera dengan suara tegas. Saya dah panik. Datang pejabat kerani pandang saya dengan serius, "awak order barang apa?"
Ah sudah, matilah aku. Dalam gagap saya tanya kenapa.
Dia angkat sebuah kotak panjang yang sudah terburai salah satu sisinya. Kemudian dia kata "saya tak tahu pulak ada orang main hoki kat sini".
Kahkahkahkah kawan saya label di bungkusan tu sebagai "ukiran kayu", tapi kerana saiz yang begitu panjang maka kerani pejabat anggap itu kayu hoki.
Balik bilik buka bungkusan lega tengok keris itu dah dibalut dengan banyak lapisan. Memang pandai cover. Keris itu panjang sehasta lebih. Kawan-kawan rapat yang biasa lepak bilik saya tahu tentang cerita keris ini.
Kualitinya sangat baik walau ini keris "baru" dimana keseimbangan sepuhan logamnya menyebabkan keris ini stabil untuk berdiri atas lantai. Pernah seorang kawan lain yang kini menjadi guru silat menduga saya (baca : membuli) dengan melontar/merejam keris panjang itu pada saya supaya saya dapat menangkap spontan. Luka jugaklah tangan kena kait dengan "tungkakan" keris tu.
Pernah berlaku spotcheck besar-besaran di asrama. Ada 4 barang yang sangat dilarang untuk disimpan dalam bilik seperti senjata, spare part motor, rokok, gitar. Keempat barang tu ada dalam bilik kami. Mujur hanya kantoi gitar dan kena amaran sahaja sedangkan keris ketika itu "ghaib" secara misteri. Hahahaha. Taklah kawan saya Azim sorokkan sebab nak bergurau, mujur jugak dia buat macam tu.
Keris panjang ini juga pernah dituduh mempunyai kuasa tertentu hingga dikatakan menikam belakang seorang kawan di rumah sewa hingga kawan tu jadi macam kena gangguan. Ada bomoh datang dan ambil keris itu untuk "dipulihkan". Ketika kejadian saya tiada dan bila dengar cerita tu saya tergelak sungguh.
Ini keris "baru". Kalaulah betul sekalipun ada gangguan yang patut dipulihkan ada indang/ayak yang bersebelahan posisi keris tersebut kerana itu pemberian keluarga angkat Asli saya untuk "perlindungan". Mungkin sebab rupa dia tak bahaya maka keris jadi mangsa. Hahahahaha
Dalam simpanan ketika ini saya ada dua keris. Satu keris yang diceritakan satu lagi keris pusaka pemberian datuk. Ini memang keris "lama" tapi saya dari hari pertama hingga hari ini masih bertegas untuk tidak "mengasap" seperti yang diminta.
Secara peribadi, saya kagumi keindahan keris, baik ada lok seperti keris "lama" saya atau yang lurus seperti keris "baru" saya. Mendengar penjelasan kawan-kawan dan guru-guru persilatan buatkan saya kagum dengan senjata ini.
Ia tidak direka untuk jadi tajam seperti pedang, ia diguna dengan cara menikam, kalaupun melibas hanya dengan "mata", menetak amatlah mustahil tetapi kalau mengadang boleh jadi senjata yang tembung boleh patah kerana keris ditempa dengan logam tebal dan padu. Bagi saya keris adalah senjata yang dicipta untuk mematikan musuh dengan cara seksaan yang perlahan.
Jadi moralnya disini, keris boleh di pos. Tapi tanpa pengetahuan pihak pos. Boleh maksudnya boleh dibuat bukan boleh dari segi undang-undang.
Tetapi dalam kes YB Balakong kita buat dua andaian. Pertama, jika kes ini benar, pasti ia menakutkan. Ugutan bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi melibatkan keluarga. Walau ada yang ketawakan keris itu tapi bagi dia dan keluarga itu boleh jadi trauma yang dahsyat.
Andaian kedua, dia berbohong, terutama bila dia bukanlah "watak utama" dalam isu perkauman sekarang, orang pun tak kenal dia ni siapa mari mana. Kalau Ramasamy ke, Kula, Waytha ke, Nie Ching, Steven etc kita tak terkejut orang nak buat ugutan macam ni. Ini macam saja nak create isu dan jika benar sengaja memang celaka betul sebab api perkauman tengah begitu marak.
Juga kenapa keris, keris mahal kot, baik bagi kepala ayam. Dekat pasar Semenyih melambak kepala ayam. Itu lebih menakutkan. Keris nak nak keris kahwin tu lebih dilihat hadiah dari ugutan sebab cantik dan kiut. Tidak dapat tidak ia dilihat untuk wujudkan situasi "ada ultra Malay nak attack aku"
Tetapi bila kita gabungkan kedua andaian tadi, maka lebih baik kita menjauhi sangka-sangkaan dan prejudis, biarkan pihak polis jalankan siasatan. Kalau andaian pertama betul, maka kita boleh tersalah menghina mereka yang terluka. Kalau andaian kedua betul, maka kita boleh tersalah simpati pada orang yang jahat.
Lebih baik kita buat apa yang patut kita buat dan tak buat apa yang patut kita tak buat.