-->

Oktober 10, 2019

Kerana Boikot, Rating FoodPanda Turun Mendadak.

VIRAL | Rating FoodPanda di Google Play Store dan Apple Store menyaksikan penurunan mendadak kesan dari kempen boikot yang dijalankan netizens sejak Ahad.

Pada awalnya netizens mengajak kepada kempen #DELETEFOODPANDA sebelum ianya berkembang kepada turunkan rating FoodPanda di Google dan Apple Store.


Berdasarkan semakan, rating FoodPanda di Google Play Store berada di kedudukan 4.6 sebelum ianya turun kepada 3.9 pada petang semalam.

Alternatif kepada FoodPanda, Bungkutsuit pula naik kepada 4.6 bintang.



Kempen boikot FoodPanda masih berjalan di sosial media, bagaimanapun terdapat sesetengah pihak yang melakukan teguran agar kempen #DeleteFoodPanda tidak dikaitkan dengan komen provokasi kaum dan rasis yang akan merosakkan imej kempen.

Aktivis Fahmi Reza misalnya menegur sesetengah netizens yang cuba mencemari kempen dengan komen berunsurkan perkauman sedangkan kempen ini adalah bagi membela hak pekerja yang tertindas dan teraniaya. - 10 Oktober 2019.