-->

Disember 10, 2019

Dakwaan Polio Adalah Konspirasi Kaut Untung, Mengarut.

KESIHATAN | Virus Polio kembali lagi ke Malaysia selepas 27 tahun. Berita mengemparkan ini didedahkan oleh Ketua Pengarah KKM dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, virus itu dikesan ke atas seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan di Tuaran, Sabah.


Mangsa didapati mengalami demam diikuti lemah anggota badan, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), Jumaat lalu.

Beliau juga mengesahkan, bayi itu kini dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan bantuan pernafasan. 

Perkembangan terbaru itu sekali lagi membuka ruangan perdebatan online diantara dua kumpulan terbesar, iaitu anti vaksin dan pro vaksinisasi.

Baca;

Oleh : Ini Sains Beb

POLIO OH POLIO

Bila polio mula memberi salam perkenalan kembali pada rakyat Malaysia, kita patut gusar dan gundah. Bukan masanya kita bertepuk tangan dan berkonspirasi. Seorang yang dijangkiti, boleh merebakkan virus pada 200 orang lain dalam tempoh singkat.


sdf

Mari kita sama sama betulkan fakta ‘penyelidik’ ini:

1. Mana mungkin kita cucuk OPV

Vaksin polio ada dua jenis:

ORAL POLIO VACCINE
Vaksin polio yang diberikan secara oral (melalui mulut)

INACTIVATED POLIO VACCINE
Vaksin polio yang diberikan secara suntikan intramuscular (di otot).

Jadi vaksin OPV kita tidak CUCUK, kita TELAN. Vaksin ini adalah virus hidup yang dilemahkan (attenuated live virus).

Kenapa kita perlu beri virus hidup? Kerana fungsi vaksin ini adalah untuk mengaruh sistem imun humoral dan mengaruh penghasilan antibodi IgA spesifik terhadap poliovirus dalam lapisan mukosa saluran gastrointestinal.

Antibodi ini spesifik dalam mengenal poliovirus. Kalau makan makanan apa pun termasuk ‘makanan sunnah’ yang meningkatkan IgA, tanpa epitop pengenalan spesifik, dia tak kenal poliovirus, Bang...

Kenapa penghasilan IgA ini penting? Kerana poliovirus adalah sejenis enterovirus yang hidup dan membiak dalam saluran gastrointestinal, virus ini kemudian disebar melalui tinja. Jadi cemaran melalui fecal-oral dapat dibendung dengan efisyen.

Baca lebih lanjut mengenai vaksin polio: https://www.facebook.com/615923662100226/posts/937675486591707?sfns=mo

2. Bukankah mutasi virus dalam vaksin itu gara gara antivaksin?

Virus lemah dalam OPV juga akan dikeluarkan dari tubuh bayi dan kanak-kanak yang divaksin. Ini dipanggil vaccine shedding. Ia berlaku sehingga 60 hari selepas vaksinasi bagi dos pertama dan berkurangan selepas dos seterusnya. Ini kerana tubuh telah membina imuniti terhadap virus tersebut dan melawan virus tersebut dalam waktu yang singkat berbanding dos pertama. Begitulah vaksin berfungsi ya...

Lagipula, virus ini adalah virus lemah yang tidak mengakibatkan jangkitan secara normal. Hanya mampu bereplikasi dalam tubuh manusia sahaja. Namun, bila ramai orang tidak mampu melawan virus ini, ia akan berlegar dan bereplikasi dengan lebih lama. Sempatlah ia bermutasi menjadi virulen, kuat dan menjangkiti manusia.

Tak perlu jutaan orang. Cukup hanya berlegar beberapa ketika kerana poliovirus amat mudah menjangkiti.

3. Benarkah IPV nak kena jual lepas OPV tak laku?

Sebenarnya SALK VACCINE atau dikenali kini sebagai IPV telah terlebih dahulu dilesenkan pada tahun 1955. Diikuti oleh SABIN VACCINE atau OPV yang diperkenalkan pada tahun 1960.

OPV digunakan dikawasan yang masih endemik kes polio. Kerana keberkesanannya dalam mencegah jangkitan dan perebakan virus. IPV pula berfungsi untuk melindungi individu dari jangkitan poliovirus.

Walaupun OPV lebih efisyen mencegah polio, ia hadit dengan risiko. OPV mengakibatkan VDPV (poliovirus yang shedding) dan berisiko mengakibatkan paralisis akibat vaksin polio (VPDD)

Risiko adalah rendah berbanding manfaat jika dikawasan endemik wabak polio. Sekitar 1 kes dari sejuta vaksin yang diberi. Tiada kes dan risiko bagi IPV kerana virus yang digunakan adalah virus mati.

Tetapi IPV kurang efisyen bagi mencegah perebakan wabak. Kerana IPV tidak begitu efisyen bagi menghasilkan perlidungan IgA dalam lapisan mukosa gastrointestinal. Hanya meningkatkan IgA dalam plasma darah kita sahaja.

Jadi, IPV digunakan bagi negara yang telah diisytihar BEBAS POLIO termasuk negara Malaysia 🇲🇾 yang kita cintai.

Tapi apakan daya... Polio masih menjengah pula.

4. Siapa yang kaya bila polio menjenguk wajahnya?

WHO, CDC, KKM dan seluruh dunia mempunyai target untuk bebas polio menjelang 2021. Tiada siapa yang boleh buat untung jika polio menjadi wabak. Polio tiada ubat. Tiada rawatan khusus. Iron lung juga sudah pupus.

Jonas Salk pun TAK PATEN vaksin beliau.

Menjelang 2020, kita dapat lihat kes polio. Yang telah lebih dua dekad dilenyapkan dari Malaysia. Maka lain kali serahkanlah urusan perubatan dan saintifik pada penjual kolam mandi dan suplemen vitamin C.

5. Siapa sebenarnya penyebar polio?

Syabas!

#SembangMalam
#VaksinlahBeb

RUJUKAN

Abraham R et al. Shedding of virulent poliovirus revertants during immunization with oral poliovirus vaccine after prior immunization with inactivated polio vaccine. J Infect Dis 1993 Nov 168 11051109

Heinsbroek E, Ruitenberg EJ. The global introduction of inactivated polio vaccine can circumvent the oral polio vaccine paradox. Vaccine. 2010 May 14;28(22):3778-83.

Hird TR, Grassly NC. Systematic review of mucosal immunity induced by oral and inactivated poliovirus vaccines against virus shedding following oral poliovirus challenge. PLoS pathogens. 2012 Apr 19;8(4):e1002599.

https://www.who.int/…/inactivated_polio_v…/Key_mess_FAQs.pdf

"The Real Reason Why Salk Refused to Patent the Polio Vaccine". Biotech-now.org. Retrieved July 14, 2014