-->

Disember 28, 2019

Masjid York Road Ditutup Waktu Subuh Mulai 31 Disember, Mufti Penang Tampil Beri Penjelasan.

SEMASA | Sejak petang tadi tersebarnya satu memo yang menyatakan Masjid York Road di Pulau Pinang telah menghadkan waktu operasi masjid dari 9.30 pagi sehingga 9.30 malam.


Memo itu kemudiannya disusuli dengan kenyataan viral dari pihak yang mendakwa ahli jemaah masjid;



"BERITA YANG AMAT PEDIH.


Tuan tuan yang mulia, tolong bantu kami di Mesjid York road, Mulai pada 31 dis 2019 mesjid akan di kunci pada pukul 9.30 malam dan akan dibuka pada 9.30 pagi. 


Bermakna subuh tidak dibenarkan untuk sholat, jadi kami mau shalat juga walaupun diluar pagar, datanglah dan viralkan berita ini melalui media sosial supaya Allah tau yg bahwa di Penang ini masih ada yahudi yg masih active. 

Kita marah kepada yahudi di palestin sementara lupa kpd yahudi yg ada didepan mata. Pengerusi dan AJK semua orang luar yg jarang sembahyang di mesjid York road. Jika mereka hendak bermusyawarat mereka sem bahyang di mesjid lain yang ada aircond lepastu baru datang ke mesjid york road untuk bermusyawarat, aircond mesjid hanya untuk depa bermusyawarat saja. Jadi kita jemput tuan tuan pagi 31 dis 2019 untuk kita sholat bersama diluar mesjid. Dan viralkan di medsos. Terima kasih," tulis kenyataan itu.

Sebagai rekod, Kenyataan tersebut sangat tular di aplikasi WhatsApp ketika ini.


Insiden itu kemudiannya dianggap adalah kesalahan Pakatan Harapan dan DAP yang dituduh telah menutup pintu masjid. Jika dibaca dengan jelas didapati, jemaah mendakwa ialah adalah hasil tangan AJK. Yang bermakna pihak masjid yang membuat ketetapan itu tetapi entah kenapa yang kena maki adalah kerajaan PH secara amnya.


Mufti Pulau Pinang kemudiannya dengan segera membuat penjelasan dalam satu kenyataan media seperti berikut;


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴

28hb Disember 2019

𝗜𝘀𝘂 𝗡𝗼𝘁𝗶𝘀 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗬𝗼𝗿𝗸 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato Abdul Malik Kassim berkata, semua masjid perlu dibuka untuk solat fardhu 5 waktu sekurang kurangnya, ini ialah asas fungsi masjid seperti yang termaktub dalam Kaedah- Kaedah Jawatankuasa Kariah (Negeri Pulau Pinang) 1997 - Kaedah 35

Masjid hendaklah di gunakan sebagai-

a) tempat orang-orang Islam beribadat terutama untuk solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan solat-solat lain

b) Pusat kegiatan Agama Islam dan Pembangunan Ummah dan

c) Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAINPP dan maklumat lain.

Saya ingin menasihati dan memperingatkan semua Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli jawatankuasa kariah tentang bidang kuasa sebagai pentadbir masjid serta tanah tanah wakaf masjid dan tanah perkuburan masjid sebagai bagi pihak atau wakil MAINPP seperti yang termaktub dalam Kaedah 3 & 8.

Pengerusi dan AJK bukan mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil MAINPP sahaja.

Kaedah 32 Tindakan AJK kariah dan Pegawai Masjid yang tidak berpatutan

Jika MAINPP atau Setiausaha MAINPP berpuas hati setelah menjalankan siasatan yang wajar bahawa mana-mana Pegawai Masjid atau AJK Kariah atau AJK Biro sesuatu kariah masjid

a) telah bertindak atau bercadang hendak bertindak secara yang tidak berpatutan dan melaksanakan tugas tugas di bawah Kaedah-kaedah ini atau
b) telah tidak menjalankan apa-apa tugas yang di pertanggungkan padanya di bawah kaedah-kaedah ini

Mainpp atau Setiausaha Mainpp bolih memberi arahan secara bertulis mengkehendaki Pegawai Masjid atau AJK Kariah atau AJK biro itu melaksanakan fungsi fungsinya mengikut cara yang di tentukan olih MAINPP dan AJK kariah atau Pegawai Masjid dan AJK Biro hendaklah mematuhi arahan itu

Setiausaha MAINPP melalui Pegawai Agama Daerah Timur laut akan menjalankan siasat dan mengeluarkan arahan selanjutnya.

Saya menganggap notis Operasi Masjid yang dikeluarkan oleh Pengerusi yang bertarikh 24/12 itu tidak terpakai berdasar Kaedah 35 Fungsi Masjid

Saya juga sedih membaca artikel di media sosial yang bertajuk ‘Berita Yang Amat Pedih’ sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba memburukkan keadaan, sepatutnya orang yg berkenaan melapor tentang notis itu kepada yang bertanggungjawab untuk diselesaikan dengan berhemah dan tertib bukan dengan memburukkan lagi keadaan. Saya menganggap orang menulis artikel ini berniat jahat dan ingin mencetuskan keadaan yang tidak baik di kalangan ummah dan memburukkan imej Islam dan pentadbiran Islam di Pulau Pinang

Sekian, terima kasih.

𝗗𝗔𝗧𝗢 𝗛𝗝 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗦𝗦𝗜𝗠


---------

Oleh kerana perkara ini telah pun menjadi siasatan kepada pihak-pihak yang terbabit, adalah amat baik jika kita tidak terburu-buru dalam melakukan tuduhan dan dakwaan. Pihak masjid akan diberikan ruang untuk membuat penjelasan dan pihak jabatan agama Islam Pulau Pinang akan meneliti maklum balas AJK serta jemaah yang terlibat. - 28 Disember 2019.