-->

September 07, 2014

Biskut Baby Bites Tak Selamat Kerana Mudah Terbakar?

Bermula dari isu pisang goreng crispy yang mudah terbakar. Kini menambah hangat lagi satu kisah seorang ibu yang melakukan penyelidikan ke atas biskut baby bites yang turut mudah terbakar lalu menjadikan beliau rasa ragu tentang tahap keselamatan biskut tersebut.

Biskut Baby Bites Tak Selamat Kerana Mudah Terbakar?

Menerusi penyelidikan beliau, ramai ibubapa mulai rasa bimbang akan keselamatan anak mereka.

Untuk info, teori makanan mudah terbakar dan diyakini diperbuat daripada plastik adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

Kesemua jenis makanan kering yang diperbuat daripada karbohidrat mahupun kanji adalah lebih mudah terbakar kerana sifat bahan itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bahan plastik.

Kesimpulannya, semua snek ringan termasuk semua jenama biskut yang berada dipasaran memang mudah terbakar apabila dihalakan dengan api.


sumber
http://natangngoh.blogspot.com/2014/09/biskut-baby-bites-mudah-terbakar.html
http://earnic.com/biskut-baby-bites-tak-boleh-makan/