Oleh : Syazrul Aqram
Makluman.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara mengenai hal-hal terbaru.
Pertama, mengapa saya sebagai penerbit tidak merasakan posting Helmy yang kontroversi itu sebagai suatu yang serius?
Kerana saya faham bahawa terdapat 3 posting dinaikkan oleh Helmy sebagai sebuah cerita keseluruhan mengenai kontroversi UEC, Ekstremis Kiri dan sewaktu dengannya.
Apa yang saya lihat, tangkap layar yang dikatakan oleh Ooi Kok Hin itu hanya 1 daripada 3 posting oleh Helmi Effendy IV
Jika anda sempat membaca ketiga-tiga posting tersebut, anda akan mengerti saudara Helmy sebenarnya gusar dengan ancaman ekstremis kiri di negara ini yang akan menimbulkan semangat ekstremis kanan. Yang dikatakan doa/ugut itu adalah pelengkap cerita kepada ketiga-tiga posting yang dinaikkan. Saya bertanya kepada Helmy, adakah beliau betul-betul berniat nak mengugut? Beliau kata tidak, tetapi beliau hanya risau jika ektremis kanan terus ditekan, secara sejarahnya, pembunuhan mungkin terjadi.
Saya tidak ingin mengulas panjang kerana ketiga-tiga posting tersebut yang dinaikkan pada bulan Julai 2018 (tahun lepas) telahpun dipadam dan hanya sempat berada di media sosial kira-kira 5 minit. Namun, ia sempat juga disebarkan meluas terutama satu bahagian yang kontroversi tersebut di media sosial.
Saya difahamkan ketiga-tiga posting tersebut dipadamkan pada waktu itu juga (tahun lepas) kerana Helmy Effendy sedar ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Itu tindakan yang betul pada saya.
Seharusnya isu ini sudah lama tamat, penerangan selanjutnya juga telah dilakukan. Maka saya sendiri hairan mengapa isu lama dibangkitkan kembali walhal Helmy telah memperbetulkan tindakannya. Pada saya, Helmy telah diserang secara tidak adil dengan niat yang jahat.
Kedua, atas semangat #SolidaritiBuatHelmyEffendi , seorang penulis buku kami iaitu FarisJamalludin FJ bersama Danny Liew telah bersoladiriti untuk membeli semula semua buku tulisan beliau iaitu Malaysia Military Power di Kedai Fixi. Tindakan ini dilakukan penulis dengan prinsip untuk bersama-sama dengan buku-buku Helmy Effendy agar buku Malaysia Military Power juga tidak dijual atau dipamerkan di Kedai Fixi.
Sebagai penerbit, saya dan rakan-rakan akur dengan keputusan terpuji ini. Bukan mudah kita nak ada kawan yang sanggup susah dan senang bersama.
Buat masa ini, kami akan menangguhkan dulu pengedaran buku Malaysia Military Power di Kedai Fixi sehingga masa yang sesuai. Kata Faris dan Danny, buku Malaysia Military Power hanya akan ada di kedai buku Fixi jika kedai buku Fixi berkeputusan untuk menjual semula semua buku Helmy yang telah ditarik keluar. Kalian masih boleh mendapatkan buku Malaysia Military Power di kedai-kedai buku lain.
Bukti pembayaran pembelian kepada Fixi kami lampirkan pada gambar. Kami dan penulis mencadangkan kepada pihak Fixi agar buku yang telah dibeli ini disedekahkan kepada orang-orang yang memerlukan, bersempena bulan Ramadhan yang penuh berkat. Buku berkisar ketenteraan ini bagus untuk dibaca bagi menambah pengetahuan tentang industri pertahanan negara.
Ketiga, saya telah menghubungi bos besar Fixi iaitu saudara Amir Muhammad, dan kami memulakan perbualan dengan ketawa selama 15 saat mengenangkan hal-hal yang berlaku. Namun kami sepakat untuk Patriots dan Fixi terus bekerjasama dan bersahabat seperti biasa demi kemakmuran ekonomi bersama. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Amir atas toleransi dan persefahaman yang wujud.
Tindakan kami bersama selepas ini adalah 'rileks, kawal keadaan dan berbuka puasa dengan tenang.'
Pada saya, kita tak perlu menyalahkan Fixi. Mereka hanya jual buku. Kalau anda tanya siapa nak dipersalahkan, anda tahu siapa Asshole yang telah saya gelarkan sebelum ini. Saya tidak peduli sama ada asshole ini Cina Muslim, kalau dia Melayu Muslim pun sama saja saya gelarkan; Asshole tetap asshole.
Akhir kata;
Jangan jadikan pesaing anda sebagai musuh, jadikan pesaing anda sebagai kawan. Kelak, kawan yang akan berada di sisi anda. Musuh pula akan terus jadi musuh.
*Saya menulis atas kapasiti saya sebagai Ketua Penerbitan Patriots Publication.