Oleh : Ali Imran
Orang Australia minum susu, botolnya dibuang jauh ke negara kita. Siap berulat lagi!
Orang UK yang sarapan roti, orang kita yang nak kena lupuskan pembungkusnya.
Minum air zam-zam di Saudi, segala cawan plastiknya tiba-tiba muncul di sini pula.
Kontena datang dari China, tapi isi kandungannya datang dari Perancis. Haiyya...
Bangladesh eksport barang untuk kitar semula kononnya. Atas kertas kata barang lain, dalam isi lain!
Inilah antara situasi yang kami para wartawan lihat sendiri semalam di Pelabuhan Barat, Port Klang.
Sembilan kontena sampah disusun untuk kami lihat isinya, supaya faham betapa jahatnya orang industri sampah menggadaikan maruah negara.
Sampah yang masuk adalah atas tujuan kitar semula, tapi bila sampai rupanya ia dalam keadaan yang memang menyusahkan kita semula.
Untuk ilmu, harus difahami untuk proses kitar semula, sisa plastik yang nak diproses mestilah dalam keadaan bersih.
Bersih tu maksudnya tidak kotor dan sudah dibuang label dan penutupnya.
Bila buka kontena, botolnya siap berkeladak, siap ada lagi sisa susu, datang dengan pakej ulat dari luar negara lagi weh!
Yang dari Bangladesh lagilah jahat. Guni depan kontena memang dah elok, plastik yang boleh kitar semula.
Bila buka guni deretan belakang, bertimbun sisa 'e-waste' seperti CD ada dalam tu.
E-waste adalah produk yang sebenarnya tidak boleh pun diimport ke dalam negara.
Bayangkan bila benda-benda ini terlepas masuk, rasanya macam mana mereka nak lupuskan benda ini sedangkan mereka tak ada pun teknologi untuk lupus/ kitar semula?
Ya...tepat sekali. Kalau mereka tak bakar, mereka humban buang sahaja di mana-mana.
Sama ada di tapak pelupusan sampah tempatan (yang untuk kegunaan domestik pun dah nak penuh), atau hantar ke pusat sampah haram.
Siapa yang terkesan daripada perbuatan lahanat ini?
Kita!
Udara jadi tercemar, sumber AIR BERSIH kita yang memang tak berapa nak cukup sekarang ini, mereka rampas untuk cuci sampah yang datang dengan keadaan kotor.
Lelehan sisa toksik pula meresap masuk ke tanah, seterusnya ke punca-punca air yang kita semua minum sehari-hari.
Bagi yang duduk di tengah bandar mungkin tak nampak benda ini tapi bagi orang luar bandar, mereka yang terpaksa hadap perbuatan celaka ini.
Maka bila Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia, YB Yeo Bee Yin istilahkan orang-orang yang import sampah jahat ini sebagai pengkhianat negara, betullah tu. Layaklah tu.
Ini baru episod pertama. Fasa pemula. Baru Westports yang digali.
Berlambak lagi pelabuhan di seluruh negara yang boleh jadi pintu masuk para penjahat ini.
Operasi ini baru sebulan. Secara total 65 kontena telah dan akan dihantar pulang ke negara asal.
Mari kita doakan perang terhadap sisa plastik luar negara akan terus jaya tanpa permainan atau campur tangan pihak-pihak jahat yang hanya pentingkan tembolok mereka.