-->

Oktober 02, 2014

Budak 6 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 13

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters kakitangan awam 5R2, Presint 5, tengah malam tadi.

Budak 6 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat13

Megat Arif Hussein Megat Irwan ditemui tidak sedarkan diri selepas jatuh dari tingkat 13 kuarters berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan ketika kejadian, Megat Arif Hussein sedang tidur seorang diri di dalam bilik, manakala bapanya turun ke tempat letak kereta untuk mengambil ibunya yang berkerusi roda.

Mangsa dikatakan terjaga ketika itu dan ke balkoni berkenaan sebelum terjatuh.


Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum menjalani proses bedah siasat di hospital sama pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Budakmautjatuhbalkoni/Article