-->

Oktober 02, 2014

Pelajar Maut Jatuh Siling, Polis Sahkan Tiada Kes Buli

Pihak polis mengesahkan tiada elemen buli dikesan dalam kes kematian seorang pelajar yang terjatuh dari siling dewan sebuah sekolah menengah di sini, pagi semalam.

Pelajar Maut Jatuh Siling, Polis Sahkan Tiada Kes Buli

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan dilakukan terhadap guru dan rakan mangsa di sekolah sehingga pagi tadi.

"Hasil siasatan menunjukkan tiada kemungkinan mangsa dibuli.

Sebaliknya, polis akan menyiasat kemungkinan pelajar itu memanjat ke siling dewan untuk mengambil bola takraw, kerana mangsa dan rakannya dikatakan bermain sepak takraw berdekatan dewan ketika sesi pendidikan jasmani sebelum waktu rehat," katanya.


Sejak semalam pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian menimpa pelajar terbabit, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, termasuk ada yang mendakwa mangsa dibuli rakan sekolah sehingga terpaksa memanjat siling setinggi kira-kira 12 meter dan terjatuh sehingga mati.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadaelemenbuli_/Article/index_html