Empat warga asing, termasuk seorang lelaki, ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan hendap dua anggota polis peronda di Taman Sentosa, Klang awal hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kesemua mereka ditahan di kawasan berhampiran sejurus selepas kejadian. "Kita tahan tiga wanita dan seorang lelaki warga asing, dan ketika ini sedang kenal pasti dari negara mana mereka berasal. "Kita juga sedang mengesan suspek lain yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. Kita akan pastikan kes ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Gombak dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi ini, seorang anggota polis peronda maut, manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing ketika melakukan rondaan di kawasan perumahan di Taman Sentosa, Klang. Empat warga asing, termasuk seorang lelaki, ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan hendap dua anggota polis peronda di Taman Sentosa, Klang awal hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kesemua mereka ditahan di kawasan berhampiran sejurus selepas kejadian. "Kita tahan tiga wanita dan seorang lelaki warga asing, dan ketika ini sedang kenal pasti dari negara mana mereka berasal. "Kita juga sedang mengesan suspek lain yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. Kita akan pastikan kes ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Gombak dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi ini, seorang anggota polis peronda maut, manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing ketika melakukan rondaan di kawasan perumahan di Taman Sentosa, Klang. |