Terkini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, diberitakan mengalami kemalangan hingga patah tangan selepas jatuh tangga di sebuah kilang di Pulau Indah, Klang.
Menurut Adira, kejadian itu berpunca daripada kesilapannya melangkah menaiki tangga kerana terlalu rancak berbual dengan dengan rakan-rakan.
Ekoran kecederaan di tangan itu, beliau segera pergi ke sebuah klinik di sekitar Klang untuk mendapatkan rawatan segera.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan bekas peserta Akademi Fantasia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dia boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk menyempurnakan undangan persembahan di beberapa tempat.
#Ohh....admin bohong yerrr....tak baik gitu....peace!!!
- plbgaimacam - |