-->

September 15, 2014

UPSR Bocor, 4 Guru Di Tahan

Polis menahan empat guru bagi membantu siasatan kes pembocoran kertas Science dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pulau Pinang dan Perak pada jam 3.30 petang tadi.

UPSR Bocor, 4 Guru Di Tahan


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, guru terbabit terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun.

"Mereka ditahan selepas sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu beberapa lokasi Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.

"Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas gajet komunikasi yang digunakan untuk dianalisa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak polis.

"Kami juga menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai," katanya.

Sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Polistahanempatcikgu/MA/Article?BeritaUtama