-->

Mac 04, 2014

IKIAM minta umat Islam boikot barangan The Body Shop


PETALING JAYA: Pengerusi Biro Antarabangsa Institiut Kerjasama Islam Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar meminta umat Islam memboikot barangan The Body Shop.

Menurut beliau, mereka perlu memboikot barangan The Body Shop kerana syarikat itu melantik tokoh-tokoh yang menyokong Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual (LGBT) sebagai wakil produk mereka.

Di antara tokoh-tokoh yang dilantik wakil produk mereka ialah Datin Paduka Marina Mahathir dan Datuk S Ambiga.

"Nampaknya umat Islam kena bertegas seolah-olah tidak ada orang lain yang layak menjadi wakil produk mereka?" kata beliau kepada FMT.

Beliau kesal kerana pemilik The Body Shop adalah anak bekas Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah.

"Ini bermakna pemiliknya juga menyokong LGBT," katanya lagi.




Beliau berharap umat Islam terutamanya wanita dapat memboikot barangan The Body Shop kerana Islam sama sekali melarang umatnya terlibat dalam LGBT.

Sehubungan dengan itu beliau berharap pemboikotan itu akan menemui hasil kejayaan.

"Jika kita membeli barangan The Body Shop, ini bermakna wang yang kita beri kepada The Body Shop itu menyokong perjuangan LGBT," dakwanya lagi.

FMT
Foto kredit untuk Chocolate Cats