-->

April 06, 2014

Air Asia Mohon Maaf, Tarik Majalah Dalam Pesawat Travel3Sixty

AirAsia memohon maaf dan menarik balik majalah dalam pesawat miliknya, Travel3Sixty dari semua penerbangan ekoran artikel yang dikritik tidak sensitif dengan tragedi MH370.

MH370: Air Asia Mohon Maaf, Tarik Majalah Dalam Pesawat Travel3Sixty

Pengerusi Eksekutif Air Asia yang juga penerbit majalah terbabit Datuk Kamarudin Meranun berkata, ekoran kejadian itu, mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas kumpulan editorial majalah berkenaan.

"Saya dengan rendah diri dan penuh kesal ingin memohon maaf di atas sebarang rasa kurang senang yang timbul ekoran artikel ruangan Pilot's Perspective di dalam isu terkini majalah Travel 3Sixty," katanya.

"Keratan ini merupakan ruangan bulanan yang ditulis oleh Kapten Lim Khoy Hing, seorang juruterbang bersara yang bekerja dengan AirAsia selain pernah bekerja bersama Malaysia Airlines. Beliau banyak menulis buku mengenai dunia penerbangan.


"Kapten Lim menyumbang artikelnya beberapa bulan lebih awal sebelum majalah dicetak. Malangnya, tanpa apa-apa niat, artikel pada keluaran kali ini membincangkan mengenai sistem GPS dan Radar, dimana sebenanrnya ianya telah dicetak sebelum tarikh pengeluaran," kata Kamarudin.

"Ini adalah masa yang sukar untuk negara dan perkataan tidak dapat menerangkan bagaimana saya secara peribadi merasai insiden itu. Ia benar-benar menyedihkan saya bahawa artikel itu dikeluarkan pada masa yang tidak kena," katanya.

Muka surat yang menyatakan baris ayat itu - "Pastikan Kapten kamu bersedia sepenuhnya untuk memastikan pesawat kamu tidak akan hilang. Semoga penerbangan selamat" - dirakam oleh seorang penumpang dan dihantar ke laman blog.

Kandungan 'sensitif' tersebut menjelaskan mengenai proses latihan dan persediaan seseorang juruterbang AirAsia yang berterusan dan teliti dimana mereka yang dilatih akan memastikan 'pesawat yang dinaiki tidak akan hilang'.


Satu tweet yang dihantar menerusi akaun ‏@Jeghui meminta penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani tentang perkara ini yang melibatkan penulisan di bahagian 'Perspektif Juruterbang'.

Azran menjawab soalan tersebut dengan berkata bahawa proses suntingan telah ditutup enam minggu lebih awal iaitu pada bulan Februari, namun beliau mengakui ia merupakan satu kecuaian dan majalan tersebut akan dikeluarkan daripada semua pesawat AriAsia.