Di sini ingin saya berkongsi pengalaman Ayah kepada rakan berubat. Saya pergi bersama.
Hampir 5 tahun Ayah kepada rakan saya sakit-sakit badan. Antara rawatan yang pernah dilalui oleh beliau:
(a) Rujuk kepada Doktor Pakar serta diagnose dengan blood test,MRI dan sebagainya tetap juga tidak sembuh.
(b) Berjumpa tukang urut dan berkali-kali mengurut tidak juga sembuh.
Gambar Hiasan |
Selain sakit-sakit badan, Ayah beliau sentiasa rasa mengantuk, tidak selera makan dan sentiasa serabut pemikiran tetapi tidak tahu apa yang diserabutkan.
Takdir Allah menemukan rakan saya dengan seorang lelaki di utara tanah air yang sudi berikhtiar untuk merawat Ayah beliau.
Jadi hari Sabtu Malam Ahad kami berempat bertolak ke rumah Hamba Allah tersebut dengan persiapan yang telah diberitahu sebelumnya. Antara bahan yang dibawa adalah limau purut, sirih, 4 batang paku 5" dan telur ayam.
Lepas Isya', lebih kurang jam 9.00 malam kami sampai di rumah Hamba Allah tersebut. Ketibaan kami disambut oleh Adik Hamba Allah dengan mesra. "Tadi dalam perjalanan Hang Pa mai takda pa2 ka ?". "Alhamdulillah tak ada pa2 kami nampak" balas rakan saya. Ada 3 orang pesakit lagi yang juga menunggu untuk rawatan. "Sat na Pak Kiyai belum sampai lagi" kata Adik Hamba Allah (Adik Pak Kiyai). Dalam 30 minit kemudian,pintu bilik rawatan dibuka, "sapa yang mai paling awal masuk dulu". Jam 11.30mlm baru tiba giliran Ayah rakan saya.
Masuk sahaja dalam bilik tersebut kami berempat memberi salam dan rakan saya menerangkan hajat sebenar datang berubat. Saya terperasan, tiada pintu selain pintu yang kami masuk tadi. Saya diamkan dalam hati, mungkin Kiyai dah masuk awal2 kot.
Kiyai minta Ayah rakan saya berlunjur kepadanya, "bawa limau dak" tanya Kiyai, rakan saya berikan limau. Kiyai membaca Solawat dan Surah Annas, "Sayyidina Muhammad..." ucap Kiyai ambil limau purut dipotong hanya mengacukan tangan, limau terbelah dua.
"Beri Salam dan Sebut nama kamu" kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Kata Kiyai ada orang niat jahat pada kamu, kamu kenal orang ini dan orang ini telah meninggal dunia. rumahnya dekat sahaja dengan rumah kamu. Kamu pun kenal...kata Kiyai sambil berpaling pada saya.
"Ada apa2 yang kamu ingat kisah2 lama berkaitan tanah yang kamu beli buat rumah" tanya Kiyai, Ayah rakan saya termenung sejenak mengingatkan sesuatu. Selepas seketika "Ya Pak Kiyai ada, arwah marah saya beli tanah tu dan tak sangka sampai ke tahap ini" keluh Ayah rakan saya. "Kamu kena maafkan dia dan jangan ingat-ingat lagi pada arwah!" tegas Kiyai.
Kiyai mengarahkan Ayah rakan saya berpaling membelakangi beliau. Paku diletakkan dihujung kaki. "Kamu sebut nama dan beri salam", arah Kiyai kepada saya. Kiyai suruh kami semua baca Ayat Kursi berterusan sehingga disuruh berhenti. Kiyai mengambil tongkat dan didirikan disebelah belakang Ayah rakan saya. "Sebut nama dan beri salam," kata Kiyai kepada Ayah rakan saya. Tongkat tersebut dilepaskan dan bergerak sendiri memukul perlahan2 belakang Ayah rakan saya.
Kiyai kata: "Arwah guna tengkorak orang lelaki Siam (Thailand) memuja untuk sihir kamu, arwah berniat supaya kamu mati secara perlahan2 dan terseksa. Ada perca kain kapan yang ikat pasung dagu yang ditanam pada perdu pokok pisang rumah kamu. Ada perasan dak kelibat dalam rumah kamu?" "Ada Pak Kiyai tapi tak jelas rupa", kata Ayah rakan saya.
"Dalam rumah kamu ada dia letak dua ekoq, bila kamu kuat beramal, jin tu takut dan lari balik ke rumah tengkorak di Thailand ni. Bila kamu lalai dia pi dok ngan kamu makan zat dari tubuh badan kamu, dia juga duduk atas bahu kamu sambil tutup muka kamu sebab tu kamu rasa letih dan mengantuk, kita bawa jin tu mai sini malam ni".
"Kamu sebut nama dan bagi salam", kata Kiyai kpd saya. "Ambil teloq ayam ni angkat dengan telapak tangan ke atas" kata Kiyai pada saya. "Nampak dak, dia ada sebelah kiri kamu", kata Kiyai. "Tak nampak Kiyai," sambil tersengih kerang busuk patik jawab. "Ada dengar suara dia""tak dengar Pak Kyai" jawab saya.
"Minaljinnatiwannaasss 3x, dengar tak," dengar Pak Kiyai. Bunyi mcm "eeeeeeee" menjerit nyaring sambil mendengus mcm marah, kami semua dengar. Kiyai ambil telur dalam genggaman saya tadi dan beliau ramas, hancur telur tu tanpa setitik lendir, kering."Dia makan, itulah yang dia nak buat pada kamu", kata Kiyai kepada Ayah rakan saya.
Sambil menggenggam telor ayam yang ke empat(kami bawa 10 biji, 3 dh bagi benda alah tu makan). Seru Kiyai "Hei Syaitan, baliklah engkau ke asal datang mu, jangan kacau dan ganggu keluarga ini sampai bila-bila pun." kemudian Kiyai sebut Saiyyidina Muhammad dan membaling telor tu ke sebelah kiri dan terus ghaib telur tu.
Kata Kiyai,"Balik malam ni, insya Allah jika kamu tidoq mimpi didatangi sesorang dan melarang kamu dari ambil tengkorak tu malam esok tak payah mai. Jika kamu tidak bermimpi apa2 esok mai bawa semua yang asas tadi, sarung tangan getah dan guni, kita nak bawa kepala tu mai sini dan kena buang".
Esok pagi tengok kat perdu pisang ada dak perca kain kapan, kalau ada ambil masuk dalam plastik dan jangan sentuh terus dgn tangan, berbisa". Kami pun bersalaman dan balik, masa kuar dari rumah Kiyai jam menunjukkan pukul 2.30pagi....
Atas takdir Allah, Ayah rakan saya tidak mendapat sebarang mimpi. Pukul 8.00pagi keesokannya saya dah terpacak depan rumah rakan saya sebab excited nak cari perca kain kafan yang dimaksudkan. Sampai jam 11.00pagi kami berempat gagal menemui perca kain kafan berkenaan.
Jam 4.00petang semua persiapan untuk acara penuh debaran telah disiapkan. First time dalam hidup saya menempuh pengalaman yang membawa kepada rasa kerdilnya diri saya dan betapa Agongnya Allah SWT.
Malam tersebut tepat jam 10malam kami berempat tiba dihadapan rumah Kiyai dengan dua buah kereta. Sebuah Toyota HILUX dan sebuah lagi Nissan Grand Livina. Saya imamkan Solat Isya' sebab kami semua belum solat Isya' dekat ruang menunggu yang tidak berpintu.
Abis solat Isya', saya curi jengukkan kepala sebab crucial nak tahu Kiyai masuk ikut mana dalam bilik rawatan atau memang dia dah sedia menanti. Adik Kiyai muncul dihadapan ruang menungu mmeberi salam kepada kami sambil melangkah masuk duduk bersama2 kami. Kiyai belum sampai kata Adik Kiyai dan benarlah sebab tiada siapa dalam bilik rawatan tu.
Dalam jam 11.00 mlm lampu bilik Kiyai menyala, Adik Kiyai maklumkan kepada kami Kiyai dah ada dalam bilik. Masya Allah, masa bila melintas depan kami, kami betul2 duduk bersembang dengan Adik Kiyai depan-depan pintu bilik. Saya simpan dalam hati sampai saat ini, biarlah antara Kiyai dengan Allah swt. Mungkin ada hikmahnya, apa yg pasti hati dapat merasa keagungan Allah SWT.
Kami berempat masuk ke bilik rawatan setelah dipelawa oleh Adik Kiyai, kami memberi salam dan terus bersalaman dengan Kiyai. Kiyai bertanyakan hal mimpi dan perca kain kafan. Ayah rakan saya maklum tiada mimpi yang menghalang untuk mengambil kepala tersebut. Perca kain tu menurut Kiyai ada cuma kami tak nampak. "Guni bawa dak", Kiyai tanya.
"Malam ni atas izin Allah kita akan ambil kepala tu bawa ke sini. Kepala tu kepala orang betul na, kena kuat semangat. Bersedia tak ni?," Kami pun angguk tanda bersedia. Pesan Kiyai kepala tu ada dalam rumah kosong di Thailand, kepala tu boleh terapung (floating) sambil menunjukkan tinggi boleh sampai ke bumbung rumah beliau.
Kiyai suruh Ayah rakan saya berlunjur mengadap beliau. Seperti biasa dimulai dengan Solawat dan memotong limau purut. "Ya Sheikh, kita ambil semua bawa mai sini malam ni, insya Allah kita bagi selesai malam ni.", Kiyai berkata2 dengan seseorang disebelah kanan beliau. Kami tak nampak, wallahu 'alam.
"Kamu rasa panas tak ? " tanya Kiyai kepada Ayah rakan. "Ya, panas muka dan kepala sangat berbahang ", berpeluh Ayah rakan. Memang benar, kami yang kat dalam bilik tu semua rasa bahang kepanasan. Kiyai bgtau bahang tu sebab yang dating tu Syaitan dan jin2 jahat, mereka ni dari api dan panas. "Dah dekat nak sampai dah, depa terbang mai ke sini," kata Kiyai.
Kiyai arahkan kami semua pusing belakangkan beliau dan baca ayat kursi berterusan serta pejam mata. Apa yg didengari atau berlaku jangan buka mata dan beralih kedudukan.
Tiba-tiba, bunyi benda jatuh terhempas yang amat2 kuat dan berat. Rasa angina hempasan yang amat kuat dalam bilik rawatan yang seluas kira 2.5m x 3m. Mata masih pejam, tiba2 bahu saya sebelah kiri dipukul dengan kuat. Kemudian Kiyai arahkan kami buka mata dan pusing mengadap beliau.
Masya Allah, ada bungkusan kain merah yang diikat dengan perca kain putih dihadapan sedang bergerak2 dan berbunyi menjerit-jerit. "Sapa kene sentuh?,"
Kiyai tanya sambil memandang saya. "Dia sangat marah kat kamu, badan rasa miang2 tak"
Saya jawab "Ya Pak Kiyai".
Kiyai buka ikatan kain yg berwarna putih. Kepala tu tetiba bergerak kearah saya. Terkejut yang amat. Kiyai kata jangan takut, selagi kepala ni duduk dalam kain merah ni kepala ni tak boleh terapung, Cuma bergerak sikit2 sahaja.
"Kamu pakai sarung tangan ambil perca kain kafan ni masuk dalam plastik. Satgi keluar terus baker dan pastikan tak terhidu asap bakaran kain ni." Kata Kiyai pada saya. Kebetulan kaki kebas, tersentuhlah buku lali saya dengan kain putih tu. Ya Allah secara tiba2rasa miang gatal dan sakit yang menyucuk yang amat2. Mula2 saya diamkan sekali tak tahan sakit, terus angkat kaki julurkan pada Kiyai. Kiyai tersenyum sambil tanya "Kain kena kaki ka" Kiyai sedut dan buat masukkan kembali pd perca kain putih (kafan). Masa dia tarik dari kaki tu, bunyi menjerit yang nyaring sekali. ALhamdulillah kaki saya pulih seperti biasa.
"Nak tengok ka kepala ni? Mai letak tangan atas kepala ni'" kata Kiyai kepada rakan saya dan saya. Kami dua2 letak tangan atas kepala tu dan rasa kepala tu bergerak2. Ayah rakan saya bagitahu takpa la Pak Kiyai tak payah buka la yg ni pun dah tak tahan (kepala tu menjerit2 sambil bergerak2), kalau buka kepala tua akan terapung lagi la serem.
"Kepala ni satgi ikat elok2 kat belakang HILUX, ikat kuat2. Syaitan ni tinggi, boleh terbalik HILUX, kereta kecik tak mampu nak bawa berat. Jika kereta rasa macam senget atau sukar untuk dikawal stop dulu hingga reda. Kepala ni kena pi buang kat tengah hutan atau kat laut malam ni juga (tengok jam dah pukul 1 pagi)" pesan Kiyai.
Pergh…..kami semua decide buat kat laut…saya ditugaskan untuk lepaskan kepala tu ke laut (ada ikrar saya ucap masa tu).
Kepala tu diikat kat belakang HILUX dengan 4 penjuru ikatan (kepala dalam guni kat tengah2 ruang belakang HILUX). Sambil dok ikat tu pun kepala tu dok bergerak dan menjerit. Ayat Kursi terus menerus kami baca.
Sebelum gerak gi buang kepala, saya gi bakar perca kain kafan yg dalam plastik. Jangankan nak bakar kain, plastik tu pun tak terbakar. Sib baik Adik Kiyai menemani saya. Rakannya 3 beranak pula tengah uruskan ikatan kepala dalam guni kat belakang HILUX. Adik Kiyai pukul dengan cemeti secara empat penjuru, "Bakar sekarang", kata Adik Kiyai. Alhamdulillah barulah api makan plastik dan sekaligus kain kafan. Syukur Alhamdulillah.
Tugasan terakhir….jam 2.30pagi baru kami bertolak keluar dengan HILUX….terasa amat berat…maximum speed 80km/j sahaja.
Ayat kursi terus menerus dibaca hinggalah sampai ke tepi laut. Alhamdulillah saya laksanakan amanah Kiyai dengan sempurna sekali dgn t-shirt saya pakai tu saya buang ke laut. Kiyai bgtau kepala tu akan terus ghaib sahaja sebab ia kepala yg dipuja.
On the way, adik rakan saya (tuan punya HILUX) minta tlg hantar dia sampai ke rumah dia, rupa2nya di buka mata masa saat kepala nak jatuh terhempas. Kepala tu tawaf keliling kami. Masya Allah...patutlah dia kecut semacam.
sumber
http://www.gempak.org/forum/113-paranormal/752272-pengalaman-melihat-tengkorak-terbang.html