-->

April 01, 2014

'Ustaz mimpi' tutup FB, tak tahan kena kutuk


Ustaz Darul Manzil yang pernah bermimpi tentang kehilangan pesawat MH370 sebanyak dua kali dikatakan akan menutup akaun facebooknya apabila pembaca mendakwa dirinya sengaja cari publisiti murahan.

Pembaca mendakwa dirinya sengaja mengada-adakan cerita mimpi demi untuk mencari publisiti ketika insiden kehilangan pesawat MH370


Susulan penyebaran secara meluas artikel tulisan Ustaz Darul Manzil berhubung dua mimpinya mengenai pesawat MH370 dalam akaun Facebook, beliau bertindak menutup akaun tersebut.

Tindakan itu dibuat disebabkan ramai penggiat laman sosial menyelar dan mengutuk cerita mimpi yang dikongsikannya. Mereka mendakwa mimpi tersebut sepatutnya tidak disiarkan kerana mereka yakin cerita mimpi Ustaz Darul hanya rekaan semata-mata.