Sharnaaz Ahmad di laman Instagramnya memuatnaik dua gambar menggambarkan rasa tidak puas hati beliau dengan tindakan Azwan Ali yang dilihat berselfie ketika ahli keluarga mangsa MH17 menangisi kepulangan jenazah.
"Maaflah, 3kali aku nak post tak jadi.. Tapi tangan aku gatal sangat nak post.. Aku tak perlu cakap banyak untuk orang macam ni.. Doa yg baik baik sudah.. Jgn sampai org kapan dia nanti dgn monopod skali.. Peringatan pada pe-yelfi dan pe-wefi Shame on you org season"
"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya."
"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," Kata Sharnaaz menerusi laman Whatapps kepada pihak media.
Untuk kali kedua, Sharnaaz memuatnaik punca sebenar kemarahan beliau kepada Azwan, tulisnya,
"Salam Khas buat bro @divaazwanavazz Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang.. Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sabab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro, TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU.. *kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan fia yg sedia ter-aib.. *kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu. *Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG FI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG"
Sementara itu, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah selain menegaskan beliau tidak mahu melayan artis gred biasa.
Terdahulu, Azwan Ali pernah meluahkan rasa marahnya kepada peniaga di bazaar ramadhan kerana bermotifkan keuntungan semata tanpa menghiraukan kualiti jualan. Perkara tersebut juga menerima respon yang tinggi dari peminat sehingga ada yang mengugut untuk membunuh beliau.
sumber
http://www.bharian.com.my/node/2177?a
http://instagram.com/sharnaazahmad
via KeZoom
|