Satu kemalangan maut membabitkan 8 buah motorsikal dan 3 buah kereta dilaporkan berlaku malam tadi di Highway Guthrie.
Kejadian tersebut dimuatnaik disebuah fanpage kelab motorsikal Puchong Bikers dan Daily Trafik Report.
Menurut beberapa komen pembaca, ketika kejadian sekumpulan remaja bermotorsikal yang sedang berkonvoi dalam perjalanan ke Teluk Batik, Perak.
Punca kejadian sebenar masih belum diketahui, namun ada dikalangan pembaca mendakwa sebuah kereta tersebut telah menukar lorong dari lane 3 kepada lane 2 secara mengejut.
Namun seorang lagi pembaca mengatakan, 'Ada kemalangan ngeri di highway Guthrie melibatkan penunggang motorsikal jenis kawasaki rr dan yamaha 125. Total semua...kawasaki RR dlm 7 bijik dan yamaha 125 zr dlm 3 bijik. (Ada mangsa yang bangun terus angkat motor dan tinggalkan tempat kejadian. Angka kematian yang pasti setakat ini 3 orang meninggal. Ada yang tak di jumpai sebab terjatuh dalam semak dan ada yg dalam keadaan tenat...
Al-fatihah buat arwah..."
sumber
Insan Faiz
KeZoom
KeZoom