-->

September 14, 2014

Titipan Mujahidin Buat Rakan Yang Telah Gugur

Al fatihah buat allahyarham Mohd Fadhlan Shahidi Al Mujahir

Titipan Mujahidin Buat Rakan Yang Telah Gugur


Bismillah...

Alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada hambaMu yang serba daif ini… alhamdulillah sekali lagi kerana diriku masih diberi peluang oleh ALLAH untuk mencoret sebuah tinta buat sahabat-yang sangat aku kasihi sekalian…

Hari ini perginya sahabat yang aku anggap seperti adikku sendiri yang telah syahid di Jalan Allah dan bertemu Sang Pencipta.. secara jujurnya aku amat terasa akan kehilangan... tapi... Allah lebih menyayanginya lagi…aku pasrah dengan ketentuan dari Ilahi..

Aku terkedu setelah mendapat khabar pemergiannya .... Masya-ALLAH…terlintas dikepalaku secara terusan wajahnya dan kenangan bila dia mula tiba sama menyertai kami disini... keterujaan aku mendapat perhatian seluruh sahabat yang aku kasihi bila usia sepertinya mampu berjuang menegakkan kalimah Allah dibumi Syam...

Beliau mampu meninggalkan nikmat duniawi... beliau mampu menangguhkan kasih bersama ibu bapa dan keluarganya demi Islam... dan beliau seorang pejuang agama yang tidak pernah kenal erti lelah... tidak pernah gentar berdepan musuh2 agama sehingga tiba di suatu saat beliau pergi bertemuNya hari ini....

Beliaulah Mohd Fadhlan Shahidi (Aba Muhajir)...

Semoga segala amalan dan pengorbanannya diterima.. diberkati dan diredhai Allah... inshaAllah...

Salam takziah dari aku buat keluarga adikku Fadhlan di tanahair... diharap tenang menerima berita ini... tiada apa yang mampu aku ungkapkan sesungguhnya kalian sungguh beruntung dikurniakan seorang anak yang sentiasa bertaqwa kepada Allah dan sungguh kuat iman nya...


sumber
Ahmad Salman Abdul Rahim