-->

September 23, 2014

Hamid Gurkha Terpaksa Akur, Produksi Bayar Ciput

Walaupun dia mengaku  (Hamid Gurkha) tak pernah berkecil hati dengan tindakan produksi yang mengambil kesempatan dengan memberikan bayaran ciput kepada dirinya, kami tetap menganggap ianya perbuatan yang tidak bertanggung jawab.
Hamid Gurkha Terpaksa Akur, Produksi Bayar Ciput

Hamid Gurkha menanggap  perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.

"Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

"Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

"Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa,"

Hamid Gurkha juga rasa bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014  yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

"Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/22/hamid-gurkha-dibayar-ciput/