-->

September 23, 2014

Pelajar Jumpa Pengcungkil Gigi Dalam Roti

Harghh....tuiii....goli den...bukan nak meludah tetapi geli bila mendengar kisah seorang pelajar tingkatan lima yang terkejut apabila menemui sebatang pencungkil gigi sepanjang tiga sentimeter terselit pada permukaan roti yang dibeli di sebuah kedai runcit baru-baru ini di Nilai.
Pelajar Jumpa Pengcungkil Gigi Dalam Roti

Penemuan itu berlaku ketika Mohamad Hafizuddin Rahim, 17, mahu meletakkan krim coklat pada roti berkenaan ketika mahu bersarapan pagi di rumahnya di Taman Gadong Jaya, Labu pada kejadian 22 Ogos lalu.

"Semasa terbalikkan roti, saya nampak ada objek seperti bilah kayu pada permukaannya dan terkejut ia rupa-rupanya sebatang pencungkil gigi," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm