Lima pekerja binaan terbunuh apabila sebuah tembok penahan setinggi 15 meter tumbang di lokasi pembinaan Jabal al-Kaaba di sini, menurut Jabatan Pertahanan Awam.
Laman web, arabnews.com melaporkan, pasukan penyelamat dan pekerja binaan lain terpaksa menggunakan jentera berat bagi menggali mayat mangsa yang tertimbus dalam tanah dan konkrit yang digunakan sebagai tembok penahan.
Status warganegara kelima-lima mangsa masih belum diketahui.
sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140911/lu_03/Lima-pekerja-binaan-maut-tembok-tumbang
http://www.arabnews.com/featured/news/628106
|