-->

September 12, 2014

Ustaz Lotfi Semakin Pulih

Keadaan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang dilaporkan koma selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria, semakin pulih.

Ustaz Lotfi Semakin Pulih
Ustaz Lotfi 3 Dari Kanan

Perkara itu dimaklumkan oleh abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, ketika dihubungi akhbar Sinar Harian.

"Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di laman Facebook bahawa Ustaz Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.

Ustaz Lotfi Semakin Pulih
"Sehingga kini, saya belum terima apa-apa gambar atau lain-lain bukti yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya supaya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangannya," katanya.

Mohd Zainon juga gagal menghubungi Ustaz Lotfi sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan itu, berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman Facebook milik Abu Talhah II yang turut berada di Syria, pasukan itu dikatakan sedang bersedih kerana kehilangan seorang rakan, manakala dua lagi cedera parah.

Ustaz Lotfi Semakin Pulih

Serangan itu berlaku apabila pasukan dari Malaysia diserang hendap menyebabkan Ustaz Lotfi koma.

Berdasarkan maklumat terakhir yang diperoleh, keadaan Ustaz Lotfi bersama seorang lagi rakannya Abu Afghan dilaporkan tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kaki, tangan serta muka.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ustaz-lotfi-makin-stabil-1.315960

KeZoom