-->

September 26, 2014

Proton Iriz Pertama Di Langgar Perodua Viva

Terkini dilaman sosial tersebar gambar Proton Iriz dilanggar oleh sebuah Perodua Viva. Proton Iriz, baru dilancarkan siang tadi oleh Tun Dr Mahathir Mohammad di Tanjung Malim dalam satu majlis serba sederhana. Apa yang membuatkan kami rasa lucu apabila ramai berpendapat pemilik Perodua Viva ini mungkin rasa teruja dengan Proton Iriz pandu uji ini sehingga terlanggar belakangnya. Malang bagi pemilik Viva ini kerana kerosakan keretanya agak teruk berbanding dengan Proton Iriz....Lihat gambar dibawah.

Iriz Pertama Di Langgar Perodua Viva

Kemalangan ini mungkin kita boleh anggap perkara biasa....tetapi jika kenderaan tersebut tercabut gandar dibelakangnya seperti Perodua Alaza ini mungkin keadaan menjadi lebih merbahaya apatah lagi jika jalanraya ketika itu sedang sibuk....

Untuk info, ini bukanlah pertama kali kenderaan Perodua tercabut gandar belakangnya. Sebelum ini pun pernah juga Myvi tercabut tayar belakang disebabkan masaalah yang sama.- Btw kita tak tahu punca sebenar Perodua Alza dibawah ini...




Namun begitu masaalah ini bukan juga dialami oleh Perodua sahaja....lihat jenama dunia yang terkenal dibawah....

Jadi perkara ini bukan sahaja boleh berlaku kepada pengeluar automotif tempatan, jenama terkenal didunia pun sama....cuma kadangkala sikap kita yang suka heboh dan kecoh jadi perkara kecil bertambah besar.