Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS)yang menuju ke Hyderabad, India dari Kuala Lumpur malam tadi, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang KL di Sepang (KLIA) berikutan kegagalan kawalan pandu auto.
"Dakwaan yang mengatakan pesawat itu terbakar, seperti yang tersebar dimedia sosial, adalah tidak benar," kata MAS.
Menurutnya kegagalan kawalan pandu auto itu tidak memberi kesan kepada keselamatan penumpang namun, sebagai langkah keselamatan, kapten yang mengendalikan pesawat itu memutuskan supaya pesawat itu berpatah balik ke KLIA.
Berikutan itu, penerbangan MH198 telah dijadual semula sebagai penerbangan MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah Ahad dan dijadual tiba di Hyderabad pada 1.35 petang (waktu tempatan) hari ini.
"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan jadual perjalanan tetamunya," jelas kenyataan itu.
Ia menegaskan bahawa keselamatan para penumpangnya tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.
MAS berkata ia amat menghargai kerjasama orang ramai dengan tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak keresahan dalam kalangan penumpang.
Dalam pada itu, pesawat MH198 itu telahpun berlepas semula India awal pagi tadi telah kembali berlepas semula ke Hyderabad pada pukul 12.32 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, pesawat tersebut telah berlepas semula itu menggunakan nombor penerbangan MH198D.
sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/14/pesawat-mh198/