-->

September 01, 2014

Ramli MS Dakwa Bernikah Dengan Restu Keluarga Alyah

Ramli MS Dakwa Bernikah Dengan Restu Keluarga Alyah

Bila sebut nikah di Thai atau di Batam, pasti ramai beranggapan yang pernikahan tersebut dijalankan kerana halangan keluarga dan sebagainya. Pasti la kan...kenapa harus nikah diluar tanpa ada perkara yang perlu disorokkan.

Apapun, Ramli MS telahpun berkata, pernikahan beliau dengan Alyah sememangnya dengan restu keluarga. Ikuti kata beliau dibawah.

"Saya tidak pernah berhasrat berbohong atau menafikan pernikahan kami, sebaliknya saya mengambil pendekatan tidak menjawab persoalan itu apabila diajukan tentang isu peribadi kerana ia pendirian saya sejak dulu lagi.

"Sebagai lelaki yang berusia, saya mahu mengumumkannya dalam keadaan yang jelas selepas kediaman saya siap dan kami rasmi berpindah masuk ke sini. Bagaimanapun ada pihak yang terlalu kepoh dan tidak sabar, maka majlis sederhana itu saya tunda dan hanya akan dihadiri sahabat rapat sahaja.

"Seperti yang saya beritahu, ia terlalu peribadi. Saya tidak peduli pandangan orangan kerana saya melakukan (pernikahan) yang sah di sisi agama.

Kami bernikah pada bulan Mac tahun lalu di pejabat agama di Batam, Indonesia dengan restu dan pengetahuan seluruh keluarga Alyah. Hanya itu yang boleh saya kongskan."

Apabila terbongkarnya perkahwinan ini lebih awal daripada jangkaan, pasti sedikit sebanyak ia akan memberi tekanan kepada Ramli MS. Namun Ramli MS memaklumkan yang dia OK saja. Kata Ramli lagi:-

"Saya okay, saya tidak tertekan atau berasa reputasi saya tercalar. Saya tidak buat salah. Kediaman ini juga bukan rumah maksiat."

"Saya juga tidak salahkan JAIS, mereka cuma buat kerja mereka. Cuma saya kasihan pada orang yang membuat aduan kepada JAIS yang barangkali berharap saya tidak mempunyai sijil pernikahan bersama Alyah."

"Khalayak boleh melempar tohmahan dan fantasi liar yang mengatakan saya ada benda kurang baik yang saya hendak sembunyikan. Padahal tidak. Ini hak mutlak saya untuk tidak menghebahkan hal peribadi kepada umum."

"Eh, kami nikah degan mas ringgit RM (Ringgit Malaysia) ya. Hantaran itu hak peribadi saya nak beri apa. Kenapa nak kepoh?"

"Macam yang saya cakap tadi, saya tak peduli apa orang cakap. Kami tak buat salah. Apa yang penting semuanya sah di sisi agama."

Panjang lebar penjelasan daripada Ramli MS kali ini. Diharap anda semua berpuas hati. Apa pun memang ada hikmah di sebalik kejadian ini. 

Sekurang-kurangnya tak perlu nak sorok-sorokkan lagi status anda berdua di khalayak ramai selepas ini. Lega sikit boleh jalan berpegang tangan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pun, semoga kebahagiaan terus akan menjadi milik Ramli MS dan Alyah. Sama-samalah kita doakan.

sumber
http://beautifulnara.com/kami-bernikah-dengan-restu-seluruh-keluarga-alyah-ramli-ms/