-->

September 17, 2014

Sadis, Mayat Bayi Di Temui Dalam Longkang

Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui seorang pekerja pemotong rumput di longkang berdekatan sebuah stesen minyak di Taman Wilayah, Jinjang, malam tadi.

Mayat Bayi Di Temui Dalam Longkang

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pekerja pemotong rumput yang terkejut dengan penemuan mayat bayi itu melaporkan perkara itu kepada anggota polis rondaan bermotosikal sebelum dimaklumkan ke Balai Polis Jinjang.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, pegawai penyiasat bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui mayat bayi berpakaian lengkap berusia beberapa minggu di dalam longkang.

Katanya, siasatan mendapati bayi lelaki berkenaan masih mempunyai tali pusat.

"Bayi berkenaan berpakaian baju dan seluar warna pink lengkap dengan sarung tangan dan sarung kaki.

"Mayat berkenaan tersangkut pada batu di tengah-tengah longkang dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014091615440420140916154404/Article?mutakhir