-->

September 16, 2014

Terjun Kolam Lepas Bakar Diri Sendiri

Seorang lelaki yang bertindak gila telah 'memandikan' tubuhnya dengan petrol sebelum membakar diri selepas dipercayai mengalami tekanan perasaan.

Terjun Kolam Lepas Bakar Diri Sendiri

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, lelaki berusia 40-an itu dipercayai cuba membunuh diri tidak jauh dari kawasan belukar di Sri Gombak.

Bagaimanapun, mangsa yang dilaporkan tidak dapat menahan kesakitan akibat tubuhnya dijilat api bertindak terjun ke dalam kolam berdekatan.

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Nor Aini Iman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 tengah hari.

Tambahnya, sebuah jentera serta lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian membantu mangsa.

Katanya, mangsa ditemui di dalam kolam dengan keadaan lemah oleh anggota penyelamat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014091600405620140916004056//Article