-->

Oktober 01, 2014

[3 Gambar] Tangan Budak 3 Tahun Hancur Kerana Mercun

Seorang murid tahun tiga hancur pergelangan tangan kirinya ketika bermain mercun di rumahnya di FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, Kuantan, petang semalam.

Tangan Budak 3 Tahun Hancur Kerana Mercun

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan pergelangan tangan murid berkenaan hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibalingnya.

Ibu mangsa berusia 30-an yang mendengar jeritan anaknya segera keluar ke depan rumah sebelum melihat murid berkenaan terbaring.


Mangsa yang parah di pergelangan tangan kiri segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan susulan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Keadaan murid berkenaan dilaporkan stabil namun kemungkinan kehilangan pergelangan tangannya kesan daripada letupan mercun terbabit.


Difahamkan, mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014100101504720141001015047//Article