-->

Oktober 03, 2014

Arwah Masih Bernafas, Mengerang & Cuba Bangun

"Ketika di pangkuan saya, arwah masih bernfas dan mengerang kesakitan, malah arwah juga dilihat cuba bangun selepas nama dipanggil ibunya," kata Razali Hassan, saksi awal kejadian kanak-kanak berusia enam tahun, Megat Arif Hussein Megat Irwan yang maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters penjawat awam, di Putra Jaya malam kelmarin.

Arwah Masih Bernafas, Mengerang & Cuba Bangun

Dalam kejadian jam 11.30 malam di kuarters perumahan Penjawat Awam Presint 5 itu, mangsa dikatakan memanjat keluar tingkap bilik di rumahnya sebelum terjatuh di laluan masuk tempat letak kereta di tingkat bawah bangunan 14 tingkat itu.

Mangsa yang parah di kepala dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan awal sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.30 pagi semalam.

Razali yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak lelakinya, Muhamad Helmi, 20, sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan memangku arwah.

Arwah Masih Bernafas, Mengerang & Cuba Bangun

Beliau berkata, arwah pada ketika itu sedang mengerang kesakitan dan tidak mampu bercakap apa-apa malah, dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memangku kepala arwah di ribanya.

"Saya hanya mampu membacakan surah al-Quran kepada arwah sementara menunggu ambulans tiba. Air mata saya mengalir apabila melihat arwah cuba bangun biarpun dalam kesakitan dan kecederaan sebaik mendengar nama dipanggil ibunya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.


"Saya memangku arwah hampir 10 minit sebelum pasukan paramedik dan ambulans dari Hospital Putrajaya tiba di lokasi kejadian," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Masihcubabangun/Article/index_html