-->

Oktober 01, 2014

Kisah Lelaki Ini Pilih Mati Daripada Melihat Ibu Bapanya Mengemis..


Kisah seorang anak lelaki yang memilih untuk mengakhiri nyawa demi abang yang sakit selain tidak tahan melihat kesusahan ibu bapa menyentuh hati rakyat China hingga wasiatnya tertunai.

Kisah sedih keluarga si mati yang dikenali sebagai Hongtao bermula selepas abangnya, Honghui disahkan menghidap sakit buah pinggang, uremia pada 2010.

Doktor menyatakan satu-satunya penawar bagi uremia cuma mengganti buah pinggang yang baharu. Tapi belum sempat penyakit Honghui dirawat, Hongtao pula didapati menghidap sakit sama.

Sejak itu keadaan keluarga tersebut berubah secara mendadak.

Bapa mereka, Gao Chuanyou terpaksa mencari wang yang banyak untuk mengubati sakit kedua-dua anak lelakinya.

Sampai satu tahap, dia terpaksa menjual rumah dan menggadai segala harta yang ada.

Dikenali sebagai pelajar cemerlang, pihak sekolah termasuk guru dan kawan-kawan turut menjalankan kutipan derma bagi membantu keluarga ini.

Namun keadaan kian buruk apabila doktor mengesahkan pula buah pinggang Chuanyou tidak boleh dipindahkan kepada anak lelakinya kerana masalah padanan tisu.

Buah pinggang ibu mereka, Zheng Tingxia pula mengalami kerosakan apabila dia jatuh sakit kerana terlalu sedih.

Pada masa sama, ibu bapa malang ini sudah sampai ke tahap terpaksa mengemis demi memastikan kedua-dua anak lelaki mereka terus mendapat rawatan.

Hal ini membuat Hongtao tidak tahan melihat penderitaan ibu bapanya lalu pada satu hari mengunci pintu biliknya, sebelum ditemui sudah mati di samping satu nota.


Nota Hongtao itu menyatakan dia tidak mahu jadi beban buat keluarga jadi selepas ketiadaannya mereka boleh memberi sepenuh perhatian kepada abangnya seorang. Dia yakin kematiannya akan membuatkan abangnya dapat terus hidup dan itu akan menenangkannya.

Kisah kematian Hongtao kemudiannya tersebar di China lalu menyentuh hati banyak pihak yang mula memberikan sumbangan hingga ibu bapanya tak lagi perlu mengemis.

Selepas dua tahun menunggu, buah pinggang yang sepadan ditemui lalu Honghui yang kini berusia 23 tahun berjaya menjalani pembedahan. Dia kini dalam proses untuk sembuh.



Si bapa dilaporkan berkata, tidak mungkin mereka sekeluarga dapat hidup gembira seperti dahulu dengan ketiadaan Hongtao namun pada masa sama terpaksa akur, kehidupan perlu diteruskan.


Sumber: Dailymail