-->

Oktober 01, 2014

A Aida Saman Bekas Suami

A. Aida menerusi Kosmo dilaporkan memfailkan saman penghutang penghakiman terhadap bekas suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman bagi mendapatkan tunggakan nafkah anaknya sejak mereka bercerai tahun lalu.

A Aida Saman Bekas Suami

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, memfailkan saman itu melalui peguam syarie, Zulkifli Che Yong terhadap Suffian, 45, di kaunter pendaftaran Mahkmah Syariah di sini semalam.

Saman tersebut dibuat mengikut Seksyen 176 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Bagaimanapun, A. Aida dan Zulkifli enggan mendedahkan jumlah sebenar saman itu sehingga kes itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 16 Oktober depan.

Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan.

Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya.

Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka.

Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka.

"Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul.

"Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida.

Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu.

"Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/30/a-aida-saman-suami/