Man Bai Aro akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mempunyai skandal dengan isterinya di laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini.
"Keadaan semakin melampau dan saya tak akan berlembut lagi kali ini. Saya sudah ada semua bukti dan akan bawa perkara ini ke tengah," kata Man Bai lagi.
Tambah Man Bai, dia dah tidak boleh bertolak-ansur dengan perbuatan tidak bermoral individu berusia 44 tahun itu lagi kerana dia pernah memberikan amaran sebelum ini, namun keadaan masih tidak berubah.
"Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.
"Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.
"Selepas itu, keadaan 'okey' tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama.
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014100102390620141001023906/Article/index_html