Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi kini dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.
Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.
"Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi.
"...Doakan dia supaya cepat sembuh," katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.
sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ras-adiba-dimasukkan-ke-icu-1.321830