-->

Oktober 01, 2014

Pencari Sagu Maut, Putus Kepala Di Baham Buaya

Seorang lelaki pencari Sagu maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, Betong pagi tadi.

Pencari Sagu Maut, Putus Kepala Di Baham Buaya

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi itu telah mengorbankan Mustapa Bunsu, 50, dengan mayatnya ditemui tidak berkepala dan lengan kiri pada 3.40 petang tadi.

Sumber polis berkata, mangsa bersama empat rakan ke sungai berkenaan untuk mencari pokok sagu.

Katanya, seekor buaya datang secara tiba-tiba lalu menyambarnya.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalan sebelum mayatnya ditemui lima jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Putuskepaladibahambuaya//Article