Rita Rudaini mendakwa bekas suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak,27, memperoleh pendapatan lebih RM50,000 sebulan dan mampu membayar tunggakan nafkah dituntutnya.
Tambah Rita lagi, Aidil meraih pendapatan lumayan sebagai pemain bola sepak profesional.
"Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster," katanya.
Beliau berkata, bekas suaminya gagal membayar nafkah kepadanya selama 20 bulan sejak Januari 2012 hingga mereka bercerai Ogos tahun lalu.
Katanya, jumlah itu dikira dari tarikh Aidil keluar dari rumah didiami mereka di Kota Damansara hingga dia diceraikan melalui SMS di luar mahkamah.
"Sepanjang tempoh itu (20 bulan) defendan tidak pernah menghantar wakil untuk membayar nafkah kepada saya.
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PendapatanAidilRM50_000sebulan/Article/index_html