-->

Januari 14, 2015

14 Gambar Sekolah Terapung Di Bangladesh

Bangladesh merupakan antara negara yang terendah di dunia dengan majoriti tanah negara ini terletak di bawah paras laut. Akibatnya apabila berlaku taufan Bangladesh akan mengalami masalah banjir teruk yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

14 Gambar Sekolah Terapung Di Bangladesh

Bangladesh kini mengalami sebuah lagi masalah yang besar iaitu kenaikan paras air laut akibat kutub yang mencair.

Menjelang 2050 dianggarkan 30% negara ini bakal ditenggelami air. Oleh itu membina struktur kekal adalah tindakan sia-sia. Di bawah ialah sebuah sekolah terapung yang mampu menempatkan 30 orang murid kanak-kanak dan dewasa.


Sebanyak 22 sekolah terapung berkuasa solar ini wujud di Bangladesh dengan jumlah murid melebihi 1000 orang.


Sekolah terapung ini dilengkapi dua kelas, sebuah perpustakaan dan makmal komputer.


Di masa hadapan lebih banyak sekolah terapung akan dibina bagi memastikan kanak-kanak akan masih mampu ke sekolah walalupun Bangladesh semakin tenggelam.

sumber
http://blogserius.blogspot.com/2014/09/serius-cool-sekolah-terapung-di.html