-->

Ogos 04, 2016

Kerana Seorang Penumpang Sebut "Ada Bom Kot" Pesawat AirAsia Tak Jadi Nak Terbang

Gara-gara menyebut 'ada bom kot', seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun ditahan manakala pesawat AirAsia yang mahu berlepas ke Banda Aceh, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) di Sepang terpaksa ditangguhkan.

Pesawat "AirAsia" Tergendala Gara-Gara Penumpang Sebut "Ada Bom Kot"

Sebagai langkah keselamatan, kesemua penumpang pesawat AK423 berjumlah 123 orang dan enam anak kapal diarahkan turun dari pesawat yang mahu berlepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, insiden yang berlaku pada pukul 7.45 pagi itu melibatkan lelaki warga tempatan yang secara bergurau menyebut perkataan 'ada bom kot' sebelum ia didengari seorang pramugara yang bertugas.

"Sebutan 'ada bom kot' oleh lelaki warga emas itu menimbulkan ketakutan penumpang dan kru pesawat yang mahu terbang ke Banda Aceh.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm